DDHN | Menu of The Day 250217

Menu dua hari lepas, hari Sabtu. Simple je pun. Menu pertama kacang panjang masak asam kegemaran arwah mak. Dulu mak selalu masak lauk ni kami pun memang suka. Korang pernah masak lauk ni ke? Senang je resepinya. 

Bahan2 dan Cara Masak:

Lada kisar sesudu (ikut suka nak pedas ke tak), 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit ikan bilis ditumbuk. Kacang panjang (patah2kan je), air asam. Lebur dalam periuk dan jerang. Tambah garam dan adjust tahap kemasamannya.Siap! Kalau ada sambal belacan lagi auwmmmm. Tapi ummi is malas haha.

Menu kedua hmmmm.. tak payahlah cerita. Ayam red lagi selagi anak bertuah tu tak jemu. Janji dia selera makan. Layankan saja.

Menu ketiga ikan bawal goreng. Kebetulan tinggal separuh je. Dari simpan lama2 baik kita goreng. 

Mommy Ngah balik kerja tumpang makan tengahari di rumah. Siap bawa bekal asam pedas ikan pari. Aduhaiiii kuat pekat pula tu. Ummi terus tak pandang dah ayam red ilham hahaha. 

Itu saja menu Sabtu kami. Saja share kot ada yang kurang idea nak masak apa. Maklumlah mak2 berkerja ni kadang dari pagi duk memikir menu apa nak masak balik nanti. Tapi bila dah petang tukar menu lain. Paling haru beli barang lain, sampai rumah masak lain haha. Ummi ilhams le tu. Okbai!

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

5 thoughts on “DDHN | Menu of The Day 250217

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: