Apam Balik Comel, Taman Nusantara, Gelang Patah

28/02/2017

Cerita minggu lepas, kekonon kerja half day sebab bawa Syamil jumpa Pakar Pemakanan. Sekali kami dah tercongok dalam klinik baru nurse inform Pakar Pemakanan cuti tak sihat. Huwaaaaa.. nangis dalam hati rugi woi cuti saya. Untuk mengubat kedukaan saya ke bank untuk uruskan hal2 perbankan eceh. Keluar dari bank ternampak stall Apam Balik Comel. Tiada yang indah selain makan hahaha. 

Maka saya order dua keping apam balik special untuk anak2 buah di office. Nampak tak jagung meleleh tu nyum3. Sekeping RM2 je.

Untuk saya bedal sesorang dalam kereta, sekeping apam balik jagung extra. Sekeping RN1.50. Perghhh sedapnya makan panas-panas. Serious kaya sungguh dengan jagung. Rugi beli sekeping je untuk diri sendiri hahaha. Boleh beli lagi la nanti.

Korang orang Gelang Patah nak cuba bolehlah ke gerai Apam Balik Comel betul2 depan Maybank Taman Nusantara. Ok selamat mencari! hehe.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: