Dating Dengan Team JDT Blogger Mama Maszull, Kasih Juju & Yaya Cendana

27/02/2017

20170223_122331

Kejadian hari Khamis lepas, dating dengan Mama Maszull, Kasih Juju dan Yaya Cendana di event COCO Concept Store. Pukul 10.30am keluar rumah ambil mama dan terus berdezup ke AEON Tebrau City. Kami berdua antara yang terawal sampai. Sambil2 tu tunggu kedatangan Ju dan Yaya. Kita wefie dulu ye mama hehehe.

First time jumpa mama, sangat2 peramah. Syok je berbual macam dah kenal lama hehehe. Saya ni memang le al-kepochi hehehe bila dapat geng yang boleh diajak berbual lagi la tak berhenti saya berbual ekekeke.

20170223_150027

Ju sampai setengah jam kemudian kot. Ju dah kali kedua la jumpa hehehe. So far memang laju jek berbual dengan Ju hehehe. Ju ni memang superwoman la. Pemandu jarak jauh terhebat abad ini ekeke. Jangan marah Ju, akak kagum dengan cerita Ju hehe.

20170223_152734

Akhirnya dapat bergambar empat orang wakil JDT Blogger ke event COCO Concept Store. Yang hujung kecil molek tu Yaya. Awal2 dulu akak bermati2an ingat Yaya ni orangnya tinggi lampai. Rupanya kecil molek je orangnya hehehe. Boleh tahan clumsy makcik sorang ni hehehe. Punyalah jenuh mencari dia, rupanya dia syok test baju kat fitting room hahaha. Penat cari celah2 baju takut tersorok hahaha.

Lepas settled event kami berpecah ikut haluan masing2. Saya hantar mama balik semula ke rumah. Alhamdulillah mama selamat pergi dan balik dengan pemandu tak berapa cekap ni haha. Nasib tak berkhayal syok berbual. Risau juga kalau tak perasan terbawa mama balik Gelang Patah hahaha.

Best sesangat dapat berkumpul macam ni tau. Rasa minggu ni dan minggu depan memang team JDT blogger jek yang kerap akak jumpa hehehe. Best2!

20170223_103819

Last but not least, yang sebenarnya, saya ni mengikut tema event, yellow, blue and white. Memang tak pernah ada koleksi tudung kuning. Shawl kuning ni dipinjamkan oleh step mom yang baik hati hehehe. Rasa janggal jek pakai tudung kuning. Mula2 rasa macam staff mydin biru kuning, sekali Amir Marketing Executive COCO tu kata staff COurt Mamoth hahaha, Bertuah betul Kira camana tu ek? Ok ke tak saya bertudung kuning? hahaha. Kalau ok boleh cari sehelai tudung kuning kuang3.

Korang jangan lupa LIKE & FOLLOW social media JDT Blogger ok, banyak aktiviti2 yang akan kami jalankan tahun ni. Stay tuned!

www.facebook.com/jdtblogger

www.instagram.com/jdtblogger

www.twitter.com/jdtblogger

Oklah, saat entry ni keluar saya sedang menunggu turn untuk follow up check up kaki Syamil di Columbia Asia Hospital. Mudah2an cepat sembuh dik. Risau ummi dibuatnya.

Share this nice post:

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: