Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Resepi Ayam BBQ Sedap

Masa celebrate birthday babah dan syamil, ummi test marinate ayam guna resepi yang aunty ekin share tu. Resepi chicken wong.. kahkahkah.. ada cerita disebaliknya ???. Resepi ni diambil dari blog Dapur Malaysia. Memang sedap masa aunty ekin buat tu. Tu yang teruja nak try sebab sebelum ni cara ummi lain sikit hehehe. Ini resepinya.


Bahan-Bahan Masakan:

 *   2 Kg ayam segar dibasuh
 *   1 biji bawang holland
 *   5 biji bawang putih
 *   Sedikit halia
 *   2 sudu besar serbuk cili
 *   1 sudu kecil kunyit serbuk
 *   2 batang serai besar
 *   1 sudu besar serbuk jintan manis
 *   1 sudu kecil serbuk jintan putih
 *   1 sudu kecil serbuk ketumbar
 *   Garam secukup rasa
 *   4 sudu besar gula

Cara-cara Memasak:

 1.  Potong ayam yang sudah dibasuh mengikut kesukaan anda. Boleh potong empat, potong 16 atau potong 32. Jika potongan tersebut besar-besar, cucuk ayam guna garpu supaya perapan lebih cepat menyerap dan ayam lebih cepat masak. Kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.

 2.  Blend semua bahan di atas sehingga lumat. Jangan letak terlalu banyak air. Pastikan letak 3 cubit garam kedalam kisaran tersebut supaya rasa ayam nanti tidak lari.

 3.  Masukkan bahan-bahan yang di blend tadi ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.

 4.  Perap ayam tersebut selama 12-36 jam di dalam peti ais sejuk. Bukan Peti Ais Sejuk Beku Ya..( lagi lama ayam diperap lagi sedap itu!)

 5.  Bakar ayam di atas dapur arang atau dapur kayu untuk rasa smoky atau bbq. Gunakan serai dan minyak yang dicampur madu dan gula sewaktu proses BBQ dilakukan.

Malam Jumaat lepas gigihlah membersihkan 2 ekor ayam. Kebetulan syamil tidur, laju je ummi bersilat kat dapur.

Ini hasil bahan2 yang dah siap dikisar. Bila tengok warna tak menarik keoren-orenan tu terus post gambar kat group whatsapp. Tanya Ekin kenapa hari tu ayam dia warna cun merah2 hahaha. Rupanya Ekin tambah serbuk lada lebih sampai merah. Ok jom kita top up serbuk lada.

Haaaaa.. tu dia  baru berseri sikit hehehe. Uolls kalau nak marinate ayam cubalah resepi ni. Memang sedap cuma masa kejadian tu ada yang terhangus sikit hehehe. Weekend ni macam nak marinate lagi lah tapi buat goreng jek sebab pemanggang ajaib ummi dah nam jahanam hahaha. Jangan lupa try this recipe ok!

Babai!

xoxo,

Ummi Ilhams yang tak terer masak tapi merajinkan diri untuk memasak ?

Share this nice post:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *