Babah & Syamil Small Birthday Celebration on 10 Feb 2017

20170210_184617

Alhamdulillah last friday, sempat juga celebrate birthday babah (9/2) dan adik syamil (27/1). Memang saja nak combine both birthday. Jimat belanja! Smile with tongue out Malamnya ummi dah siap2 marinate ayam almaklumlah kita ni bekerja kan. Malam memang sesuai la nak prepare tu semua supaya rempah2 tu betul2 serap pada ayam.

Gambar atas tu, birthday boy kena kerah hidupkan api dan bakar ayam. Hahaha kesian3. Tak special langsung ek, tengaharinya birthday boy kena pergi beli BBQ set dan arang. Paling sadis kek pun pergi beli sendiri hahaha.

20170210_182315

Ni ha beli baru je, tong BBQ yang pekerja indon Tok Ayah buatkan dah mana ghaib entah.

20170210_182325

Alahai comel ha.. lepas lah BBQ anak beranak. Dah la ummi ni ganas, kipas2 bergegar sampai member tu hahaha.

20170210_184657

Balik kerja tu, babah siapkan kat luar. Ummi pula prepare nasi goreng cina. Nak singgah beli sate tutup pulak warung kakak tu. Risau juga makanan tak cukup. Padahal kami empat beranak, Tok Ayah, Nenek, Mak Wee, Mommy Ngah, Daddy Ngah & Mamacu je jemputan hahaha. Tak poyo tak sah!

20170210_192327

Wefie sikit dengan birthday boy tua yang didera bakar ayam hahaha. Tak ada untung ini macam kata birthday boy hahaha.

20170210_195811

Ada dua orang tetamu jemputan lain, Aqil dan Ariq hahaha. Nampak tu ha riuh rendah macam mak ada anak lima.

20170210_195908

Bukan senang nak ajak bergambar hoi.

20170210_195934

Bergegar2 gambar nak bagi semua pandang kamera. Tetap tak berjaya.

20170210_200126

Masih lagi menyiapkan pembakaran ayam dan tambahan kambing.

20170210_201010

Inilah hasil nasi goreng cina ummi. Simple je, tumis2 bubuh meatball dan sayur campur. Siap!

20170210_201029

Ini ayam BBQ sedap hasil perapan semalaman. Resepi dari Aunty Ekin (ayam pakcik wong..kahkahkah) dia follow dari Dapur Malaysia. Nanti ummi share dalam next post.

20170210_201328

Kambing2 perapan Mommy Ngah. Sedap!

20170210_201556

Susah sangat nak jadi peace adik syamil tu hahaha. Dia dengan Mak Wee memang ngam.

20170210_202900

Time to eat!.. Masing2 dah lapar penat menginja.

20170210_210135

Kek babah yang beli. Bukan chocolate indulgence, dia pun tak ingat kek apa tapi lebih kurang je rasa chocolate indulgence. Saiz je kecil sikit. Sedap! Diam main beli je bukan nak call hahaha.

20170210_210639

Adik malu2 bila kami2 nyanyikan lagi “happy birthday” hehehe.

20170210_210621

Tengok tu simpang siur lilin babah pasang. Lantaklah janji happy hahaha.20170210_210659

Happy birthday ya kesayangan ummi. Sorry ini je mampu ummi buat untuk babah dan syamil.20170210_210720

Satu lagi aksi haru nak ajak bergambar.

20170210_210731

Sudahnya meh la kita bergambar tiga beranak jek. Abaikan ummi yang berbaju petak bertudung bunga2 tu hahaha.

20170210_211330

Tok Ayah sampai lambat ada kerja kat stor. Sampai2 borak2 anak beranak Tok Ayah pun menjamu selera. Nasi putih lauk ikan merah masak asam pedas Mommy Ngah bawa.

20170210_211335

Mamacu pun sampai lewat sikit. Memasing ada hal. Anyway, thanks semua tolong meramaikan. Kalau tak kami potong kek dan berBBQ empat beranak je. Sorry eh jiran tetangga yang terhidu bau ayam BBQ. Dapat jamahkan jiran depan kek je. Ilham tanya bila birthday ummi. Kenapa pulak tanya? Ohhh..Ilham nak bagi ummi hadiah kata dia hahaha.

Eh.. esok 15/2 birthday Anuar Zain tau. Okbai! Nyah-Nyah

Share this nice post:

Comments

comments

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: