Ilham Syamil’s First Date With Dr. Hairin Anisa @ Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda

Pepagi lepas hantar abang ilham ke PASTI, kami bertiga terus menuju ke Taman Adda. Nak rebut giliran awal di Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda. Minggu lepas memang dah whatsapp Dr. Anisa nak datang, hari Ahadnya kami datang tapi terlewat sikit dah full registration untuk sesi pagi. Staff klinik suruh datang petang tapi memang tak sempatlah nak berpatah balik semula. Jadi pagi Ahad semalam kita berdezup ke sini. Mana2 yang belum pernah ke sini, ini alamatnya.

PUSAT RAWATAN PAKAR KANAK-KANAK ADDA

No. 9 & 11, Jalan Adda 3/1, Taman Adda, Johor Bahru

Pakcik kecil ni tidur je tak sedar kena timbang kena ukur. Mengantuk sangat sebab pagi2 ummi dah kerah bangun hehe.

Sementara menunggu giliran Ilham Syamil. Serious no muka cik abang sebelah tu. Macamlah kita nak ngorat dia ?

Tup2 terjaga pula budak sorang ni. Terus babah ajak main. Tengah2 syok main dah sampai turn dia jumpa aunty doctor hehe.

Alhamdulillah rezeki Syamil hari ni dapat jumpa doktor. Sebenarnya Syamil ni dah lama batuk selsema on off. Dah puas kami bertukar2 doktor termasuklah mendapatkan rawatan terapi sonotrone tapi masih tak ok. Jadi kami ikhtiar jumpa dengan Dr. Anisa. Bila doktor check mula2 tu kata doktor ada dua kemungkinan samada asthma atau bronkitis. Doktor kata bunyi lendir kahak Syamil tu kasar dan bila doktor check hidung kanan Syamil ada sedikit bengkak. Memang kalau di rumah dia tidur akan berdengkur dan berbunyi kesian tengok macam susah nak bernafas. Doktor arahkan nurse untuk berikan nebulization untuk Syamil dan doktor nak tengok after neb sama ada ok ke tak.

Mula2 neb macam biasalah meraung satu klinik tapi lama2 good boy ummi ni ok je. Sambil2 babah buka you tube layankan dia supaya dia khayal tak nangis. Sebab sebelum ni pun pernah ambil neb. Last year juga Syamil pernah warded acute pneumonia. Kali ni batuk2 tu jadi lagi dan berlarutan. 

Lepas siap neb, tunggu doktor panggil semula. Kita wefie dua beranak. Bila doktor check semula bunyi nafas masih tak berapa ok. Doktor kata Syamil chronic bronchitis dan perlukan rawatan segera. Bronkitis ni sejenis keradangan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Allahu akbar. Kecil besar hati ummi dengar. Kami ikut je apa yang terbaik dari doktor. Doktor bagi ubat batuk, cairkan kahak, sterimar, ubat untuk hidung dan ubat kuatkan paru-paru. Seminggu lagi ada appoinment untuk tengok apa progress. Harap2 serasilah Syamil dengan ubat-ubat ni. Kata doktor kerana bronchitis ni Syamil punya kadar metabolisme tinggi. Memang pun. Sehari kadang2 poopoo sampai tiga empat kali. Makan banyak mana pun berat tak naik. Selera makan kadang2 ok kadang tak ok. Betul sesangat, sampai dah tahap kena menghadap Pakar Kanak-Kanak di Klinik Kesihatan Desa Paya Mengkuang. Berat terkini 7.9kg alahai kesian anak ummi. Kita usaha je lah dik mudah2an adik cepat sihat.

Sebelum balik sempat snap gambar dengan Dr. Anisa. Sabtu 18/2 jumpa lagi di sini untuk AGM Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru. Ahad nya follow up kes Syamil. Wah berkampung kita di klinik Dr. Anisa. Uolls datang tau AGM nanti.

Ok ini ubat2 Syamil. Sterimar tu kat rumah ada lagi sikit saja beli lagi. Harap2 ok lah lepas ni walaupun berperang sikit masa nak sedut hingus dia dan titiskan ubat hidung iliadin tu.

Tak pernah guna yang ni. Kesian ek ummi ilhams hahaha. Dulu beli yang secoet tu jek mak ayah tak perlu sedut. Baguslah guna yang ni hehe. Nama panjang dia, Nose Cleaner Vacuum Suction Nasal Mucus Runny Aspiratory Inhale. Yang ada muncung sebelah kanan tu dimasukkan ke dalam hidung anak, sebelum tu bedunglah (walaupun dia tak redho) dia dulu mengiringkan masukkan tiub dan ibu atau ayah sedut tiub yang kiri tu. Hingus lendir2 akan keluar dan masuk ke dalam corong yang tengah kuning tu. Lepas tu dalam posisi mengiring baru titiskan iliadin tu untuk hilangkan bengkak hidung Syamil.

Korang kalau anak2 ada masalah kesihatan bolehlah refer dengan Dr. Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Kanak-Kanak dan juga Kaunselor Laktasi. Insha Allah consultation memang terbaik dan details untuk penyakit anak2. Thanks doktor!

Boleh follow facebook Dr.Hairin Anisa. Banyak ilmu yang dikongsi.

www.facebook.com/hairinanisa ATAU
www.facebook.com/drpakarkanakkanakadda
Nanti saya share ya details klinik Dr. Anisa. Dah lama simpan gambar2 dari awal pembukaan tapi terlupa nak share.

Lepas ke klinik kami singga ke Perling Mall sekejap breakfast di Chamek Kopitiam. Upah Syamil naik kereta dan motor hehe. Skooter kat rumah ummi malas nak caj sebab nanti berebut nak naik lalu bergaduh hahaha.

Nak tukar skooter pink pulak saja je adik tu hehe.

Eh nak naik kereta pulak tapi kereta dah bergerak dia nak terjun. Makan hati hoi kalau abang ilham tahu kita berjalan ke sini haha. 

Ummi saja ambil hati ni, sebab lepas ni kami terus balik dan singgah Klinik Kesihatan Desa Paya Mengkuang untuk check up 2 tahun. Cik misi bagi adik hadiah satu kali cucuk di lengan dan dua biji ubat cacing. Menangis hiba anak ummi ni. Minggu depan 21/2 appointment dengan Pakar Pemakanan lagi. Hmmmm.. pasghah je la dik. 

Kawan2 ummi yang terbaca entry ni.. doakan Muhammad Ilham Syamil kembali sihat ya. Setakat ni alhamdulillah masih aktif seperti biasa. Mudah2an Allah perkenankan doa kita semua.

Syamil kuat! Syamil sihat! Syamil hebat! ??

Share this nice post:

Comments

comments

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: