Sejukkan Tekak Di Akbar Cendol, Batu Pahat

11/02/2017

20170130_130640

Cerita bersambung lagi. Lepas dah kekonon berpisah dari Homestay Kamar Tamu, kami sambung last check point di Akbar Cendol. Tapi yang ada cuma Aunty Ekin dan Aunty Linda bersama family je la. Babah memang tak pernah bawa kami minum cendol kat sini.

AKBAR CENDOL
No. 12, Jalan Engah, 83000 Batu Pahat, Johor.

20170130_130748

Orang Batu Pahat nak tempah untuk majlis2 ni ha infonya. Bolehlah contact ya hehe.

20170130_130738

Harga2 cendol di Akbar Cendol. Terus rasa nak cuba cendol durian.

20170130_131236

Bukti kewujudan Aunty Linda and family.

20170130_131328

Bukti kewukudan Aunty Ekin and family.

20170130_131349

Ummi dan babah Ilhams bukti kami pun ada tau ekekeke.

IMG-20170130-WA0029

Ini pula bukti kami baru jadi bestfriend hehe. Ilham mengendeng Daniel yang tengah syok main games. Hmmmmmm. Aunty Ekin kata tak apa nak bagi peluang Daniel bersosial hehehe. Ilham tu memang asal boleh je semua orang dia tegur. Agak2 ikut siapa? Smile with tongue out

20170130_131536

Ok2 cendol dah sampai. Ummi dan babah order Cendol Special Durian. Itulah rupa cendol duriannya siap ada satu scoop aiskrim. Dia guna durian paste ingatkan durian seulas hehehe. Sedap cuma bila aiskrim tu mencair dia dah ganggu feel ummi nak rasa si cendol tu hahaha. Yang penting dalam cendol tu ada “fulut” kata mamak yang ambil order kahkahkah.

20170130_131545

Ini cendol jagung Aunty Linda dan Uncle Syam. Tak pasti rasanya lupa nak tanya diorang. Nampak macam sedap almaklumlah nampak jagung tu timbul dengan meriahnya. Aunty Ekin dan anak2 minum cendol biasa tak sempat nak snap.

20170130_132808

Budak cenonit ni tak sedar langsung. Dia dan Uzma dah sampai lala land. Uzma tu ye lah penat sangat lama berendam, yang pakcik sorang ni penat berendam apanya. Tak sempat menyelam dalam air lagi ni hehehe. Ohhhh baru ummi ingat, dia bangun awal, lepas lasak main memang la cepat letih.

Lepas menyendol kami pun bergegaslah balik. Lagi pun pelanggan makin ramai serbu Akbar Cendol. Diorang nak guna meja juga. Time to say goodbye. Sambung lagi gathering next weeknya hahaha. Tapi Aunty Ekin dan Aunty Linda tak dapat datang.

Next time, bolehlah basahkan tekak kat sini lagi. Itu pun kalau babah bawa ekeke. Harga pun taklah mahal sangat cuma ruang kedai sempit sikit hehehe. Okbai!

Share this nice post:

3 Comments

  • maszull

    11/02/2017 at 11:56 am

    assalamualaikum hernee…wah !! nampak sedap tu cebdol durian nyer…:)

    1. maszull

      11/02/2017 at 12:19 pm

      assalamualaikum hernee…ya Allah…maaf la hernee komen kat atas tu tersilap taip pula…nak tulis lain tertaip lain..:)

      1. Hernee Nazir

        13/02/2017 at 1:35 pm

        waalaikumussalam mama.. hehehe..xpe mama..xkisah..kita pun selaly typo ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: