Junior Blogger In The House ;)

My Hero Kechik - Ilham Syamil

hai semua. saya ilham syamil. saya dah ambil tugas ummi saya sebagai admin dan writer di blog #herneenazirdotcom. sebab saya tengok blog ummi saya ni kadang2 macam sendu je. entah ada readers ke tak. jadi saya rasa saya perlu buat sesuatu.

mungkin saya akan tukar kaler blog ni menjadi biru. pink2 ni saya alergiklah. tapi awak dediam je tau jangan bagitau ummi saya. takut nanti dia kemurungan tak ada kaler pink dalam blog hehehe.

kalau ummi tanya saya tengah buat apa.. senang je saya jawab.. “je mi” (read: kerja ummi). amboiiii kelassss tak saya. umur baru 2 tahun dah faham maksud kerja. sila jangan percaya.

ok lah, saya nak siapkam entry esok ni. rajin2lah singgah ke blog ummi saya ni. bagi dia tak kecil hati sikit. kalau dah singgah tu jangan lupa tinggalkan komen. tak main la skodeng2 jek. tak gitu uncle wan? ????

Related Posts

5 thoughts on “Junior Blogger In The House ;)

  1. assalamualaikum hernee…bakat dah terserlah dr kecik lg…waris mama jadi penulis blog ni yer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!