Rezeki Sebilah Clever Cutter 

“nee ko ada clever cutter?”

“ha clever cutter? apa tu?” dalam hati berkata sejak bila pulak aku beli pemotong bijak ni.

“pisau yang dah siap ada chopping board”

“oooo manalah aku tau.. pisau kat rumah aku pisau kedai 2 ringgit jek” hahaha

rupa2nya kak mek isteri abang bob yang murah hati ni dah terbeli clever cutter ni lebih dari 1.. bukan 2 tapi 4 ???

maka hari jumaat rezeki sayalah dapat sebilah clever cutter. harap2 bertambah efficient lah di dapur.

pagi ni masa nak masak, saya minta tolong seorang model tak berbayar mencuba clever cutter. mula2 dia demo potong daun bawang. sekali tak lut daaa hahaha. gelak bersama2.

next cuba potong bawang. ha baru betul. dah tak payah guna chopping board dah. boleh terus potong mayang  bawang guna clever cutter. lepas tu saya try potong brokoli pun boleh juga.

thanks lah bebanyak kak mek. semoga dimurahkan rezeki. uolls kalau teringin nak beli clever cutter ni boleh jengah di www.11street.my silap2 terus tershopping barang lain hehehe.

mudah2an ummi ilhams bertambah clever di dapur bersama clever cutter ???

Share this nice post:

Leave a Reply