Foods Review

Lunch @ Restoran Dulang Lima, Taman Perling

cerita lunch last week.. kak leen ajak ke Restoran Dulang 5, Taman Perling. maka berdezup lah kami ke sana lunch hour.

menu sebelum masuk ke restoran.

minat betul tengok interior design dulang 5 ni. nampak kemas dan tenang.

ni ha kami bertiga je.

sebenarnya sampai2 nampak big boss tengah isi perut kat tempat yang sama. kekonon ummi ilhams nak snap gambar curi. sekali dia perasan daaaa.

eh ni cafe ptp ke apa ni? hahaha. tengok depan belah kanan tu 2 orang aweks dari ptp gak hehehe. rupanya nor dan syima pun lynch kat sini hehe.

kami ambil pakej dulang asam pedas set untuk 2 orang RM28 dan tambahan 1 pinggan nasi dan 1 hiris asam pedas ikan pari.

atas persetujuan asam pedas ikan pari menjadi pilihan hati. eceh. 

lauk goreng2 ada 2 pilihan. ayam goreng atau ikan keli goreng. kami pilih ikan keli goreng.

ulam of the day.. pegaga, ulam raja dan kacang botol.

nak cencalok tapi dia silap bagi. dibaginya sambal belacan. kami tambah je cencalok.

licun pinggan kita awakkkk.. hehehe. sedap asam pedasnya. kuah pekat. rasa mak2 punya masakan. ikan keli pun sedap  krup krap. tambah pulak dengan ulam2, sambal belacan dan cencalok. makan punya makan tak sedar dah terlebih time..oopssss. 

oleh kerana sedap ahad lepas kebetulan keluar mencari last batch beg sekolah untuk Projek Beg Sekolah 2, sebelum balik tu lunch la kat sini dengan babah dah syamil. abang ilham sekolah tak dapatlag ikut. kalau dia tahu mesti meraung.

ummi yang buat2 relax padahal dah seram tengok muka babah dah hijau biru tunggu makanan lambat sampai hehehe. ramai orang jadi terpaksa tabahkan hati menunggu. dekat sejam juga menunggu makanan.

sambil2 tu budak cenonit ni sempat buat kuih.. cessss. makanan sampai memang tak toleh kiri kanan. dah pukul 2 lebih haruslah lapar yang amat. mahu tak biru muka babah kan. 

ambil set yang sama macam hari tu. sedap..sedap.. tapi tukar ikan siakap. desert ambil sagu gula melaka. pun sedap. ummi ilhams susah nak kata tak sedap hahaha. 

lepas makan berdezuplah balik ke rumah. rasa akan repeat lagi la ke dulang 5 ni hahaha. kalau owner dulang 5 terbaca entri ni.. kalau nak jemput hakak and the #teamJDTblogger buat foods review  boleh contact hakak ya hehehe.

uolls yang nak try asam pedas dulang 5 pergilagh terjah ke taman perling. dulang 5 betul2 bawah sekolah rendah islam sri al-azhar. okbai!

Share this nice post:

Comments

comments

2 thoughts on “Lunch @ Restoran Dulang Lima, Taman Perling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *