Sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-Irsyad, Desa Paya Mengkuang

Homeschooling

cerita semalam.. alhamdulillah kami empat beranak sempat menghadirkan diri dalam majlis sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-Irsyad, Desa Paya Mengkuang. plan asal nak join perarakan mewakili jalan masing2 tapi anak2 tak bangun hahaha. sampai masjid pun dah lambat sikit.

alhamdulillah ramai yang datang. masing2 menanti ceramah dari Da’i Azam Al-Kankari.

tajuk ceramah “Amalan Sunnah Pemangkin Kesejahteraan Ummah” semoga ilmu2 ini memberi manfaat kepada seluruh penduduk Desa Paya Mengkuang. semoga kami semua dapat menghidupkan amalan2 sunnah dan menjauhkan amalan kurafat. lucu juga orangnya Da’i Azam ni hehe.

Da’i Ilham Syamil ni pun sibuk juga ronda keliling masjid. hehehe. lepas ceramah sesi penyampaian hadiah untuk anak2 yang mnyertai pertandingan hafazan, busana muslim/muslimah dan azan. ada juga penyampaian hadiah untuk pertandingan perarakan mengikut jalan. tahniah jalan kelasi dan kelasi 5 jalan rumah opah menang. jalan rumah kami tak menang mungkin sebab 2 hero terlajak tidur tak dapat meriahkan perarakan hehehe.

sorry kami termakan awal sebab abang ilham dah merengek lapar. syok betul makan nasi dalam dulang. rebut2 ayam..kambing 4 beranak hehe.

man to man talk.. hehehe.. babah tengah terangkan pada anak2 kebaikan makan dalam dulang.

kembung pipi babahnya.. hahaha

si kecil ni sampai terangkat lutut syok sangat makan hehehe.

abang dia sampai bersepai nasi tepi bibir.. macam sedap sangat kata dia.. hehehe.. gambar ummi tak payah la.. buruk pulak nanti rupanya sebab ummi syok sangat makan kambing sedap hehe.

lepas makan tengok Da’i Azam dah nak bergerak balik. kami cepat2 ambil kesempatan bergambar kenang2an dengan beliau. abang ilham macam biasa mood nak bergambar tak ada hehehe. mula2 babah malu. dia kata ummi dan adik je bergambar babah tukang snap. ehhh sekali dia join sekali hehehe.

sempat juga menyopping kuih kapit coklat dari booth Da’i Azam. beli satu kekonon cukup. sekali rasa ehhhh sedapnya. sebenarnya ada 2 perisa peanut butter dan coklat tapi lebih tertarik dengan coklat. balik rumah kerja mengunyah sedap rangup dan coklat banyak ditengah2. rasa nak repeat order lah. nanti saya open order siapa2 area berdekatan nak join saya selitkan order sekali.

ok itu antara aktiviti kami dan anak2 minggu lepas. minggu ni insha Allah aktiviti balik kampung. yeay! ?

Related Posts

5 thoughts on “Sambutan Maulidur Rasul Masjid Al-Irsyad, Desa Paya Mengkuang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!