projek ummi ilhams 16 oktober yang lepas. bawa anak2 ke Iskarnival ~ Naratif di Mall of Medini.
hari tu iskarnival ~ kreatif, kali ni naratif pula. this week insha Allah iskarnival ~ sama-sama. memang plan nak completekan ketiga2 iskarnival ni. bagi anak2 explore kesenian dan kebudayaan ecewahhhhhh.
iskarnival naratif kami pergi 3 beranak je tanpa babah. babah kerja malam jadi biarkan je dia tidur kat rumah tanpa gangguan kami hehe.
jom explore!
wahhhhh.. banyak aktiviti menarik macam iskarnival kreatif.
di pentas utama sedang berlangsung persembahan dari hmmmm.. tak kenal.harap maaf
abang ilham nak bergambar dengan kereta katak hehehe.
ronda2 booth. dia geram je tengok macam2 jualan.
sambil ronda sambil makan aiskrim traffic light.
lepak kejap kat tong kayu ni layan abang ilham. sabar je lah banyak2 ye dik.
ilham pelik tengok banyak sangat barang2 antik. ummi bagilah penerangan sikit bagi dia faham. tapi tak pastilah dia faham ke tak ekekeke.
kali ni dia banyak volunteer nak bergambar. tak payah ummi offer atau kerah hehe. mood tengah ok.
sebelum masuk “The Enchanted Forest” by Sandra Lee.
layan anak2 berimaginasi sambil bermain2 di enchanted forest. umminya ambil kesempaan berselfie
colouring time.. yeay!
adik ni tangan nak mewarna, tapi perasaan tu nak main2 dengan abang.
abaikan muka ummi yang acah2 flawless tu ye. camera trick!
tengok2 abang panjat, dia pun nak juga.
sudahnya dia panjat dan tak tahu nak turun. ummi beriya cemas macamana nak naik ambil adik. siap buka stokin bagai nak dapatkan adik. sekali ada uncle tolong turunkan adik. rupanya sebelah sana ada tangga hahaha. poyolah ummi.
nak gambar kat pokok kata dia.
nak juga background awan2 comel tu.
ini antara pameran yang ada. mobile phone painting project menggunakan samsung galaxy note 3. kreatif sesangat. setiap panting mewakili peribahasa melayu.
The Visual Series Of Malay Proverbs by Hyrul Anuar
A Mobile Phone Painting Project, translating various Malay Proverbs visually using the Samsung Galaxy Note 3. As children, we used to hear many proverbs. And although we came to know their meaning, we rarely if ever get a chance to see them visually. Now, we have the opportunity to reflect on all these proverbs again, as visual art pieces created using a mobile phone. Every piece was created layer-by-layer using the Samsung Galaxy Note 3’s painting app – Mobile Sketch. With this simple gesture, we hope to convey the beauty and wisdom of these Malay proverbs, to be appreciated by the current generation and those to come. All the Malay proverbs that I translate into the visual is about self-reflection and what happen around me when I was in Italy. Its a journey of self discovering and a reminder to myself; where I came from and who I am.
demo buat alat muzik menggunakan buluh.
ilham tengah buat kiub2 bangunan untuk “bandar idaman”.
bersungguh dia mewarna kiub2.
dah siap boleh letak kat mana2 yang disukai. memeriahkan lagi bandar idaman.
taraaaaa.. cantik tak. gabungan hasil kreativiti semua pengunjung.
booth Wayang Kulit Purvo Bangsa Johor
sebenarnya watak kat belakang tu abang ilham dan sorang amoi. next entry ummi selit video pendek dia berwayang kulit ye.
singgah ke booth2 lukisan yang lain. kagum sungguh tengok kekreatifan orang2 seni ni.
wefie kejap dik.
masa ni ramai juga kumpulan budak2 sekolah buat kunjungan ke sini.
bila sampai ke booth DIY Batik Painting, ilham excited nak buat juga.
sekali dia nak buat batik ultraman daaaaaaaa. layankan jek lah hehehe. yang tinggal frame rm18.
nampak tu, hampir2 siap. video next entry.
tuan booth tengah keringkan batik ultraman abang ilham.
yeay! batik ultraman dah siap! bangga mamat ni dapat buat batik hehe.
ehh dah puas2 meronda baru nak register. cessss. registration free dan dapat buku naratif – kisah. wahhhh syok. banyak tulisan2 dari orang2 seni. ummi suka!
penat meronda kita tengok performance di pentas utama.
sambil2 tu ummi bagi peluang abang ilham menconteng di tempat yang disediakan oleh Live Painting by LOKA Malaysia.
mat kidal tengah keluarkan idea2 kreatif dan imaginasinya.
lepas conteng2 dia request nak buat candle. tapi ummi ajak dia buat screen printing.
Sewing & Screenprinting by Bogus Merchandise
Bogus Merchandise is an independent sewing and screen printing collective and will impart their knowledge on the skills necessary to create your own t-shirts and tote bags!
sabar je uncle yang layan ilham ni. nasib dia pandai layan kanak2 dengan cara berhemah. from start till the end of the process dia ajar ilham dengan sabar. maklumlah dengan cat2 tu memang renyah sikitlah kan.
seeee hasilnya.. taraaaaa.. siap satu screen printing by abang ilham.
lepas ummi snap gambar dia, dia tersedar ada orang lain yang snap. dengan selamba kodok dia posing depan kamera uncle tu hahaha. suka hati dia jek. senyum je budak tu layan dia. dah puas meronda ummi ajak balik walaupun dua2 macam tak nak balik. malas dah nak meronda kat bahagian atas ada food truck.
sekali terjumpa geng Selat Tebrau Babywearers (STB) akak yang kepoh ni tegur je lah walaupun Piqa tak kenal akak hehehe.
abang ilham bergambar dengan storm trooper. “ummi..ummi star wars la.. ilham nak bergambar boleh tak ummi?” kan dah kata mood dia tengah baik sangat, selalu orang2 bertopeng ke apa dia takut nak dekat. kali ni dia volunteer.
siap ha bersalam dengan uncle storm trooper.
actually storm trooper ni suami Piqa. diorang ada geng2 cos play ni. sempatlah ummi snap gambar pasangan ni.
nah ummi nak juga bergambar dengan Kamen Rider dan satu lagi tu alamak lupa pulak. matilah kena kutuk dengan uncle wan. hahaha. lepas berposing2 dengan super hero ni semua kami terus balik rumah. babah nak kerja malam hoiii nanti terbabas pulak dia tidur hehehe.
alhamdulillah, anak2 happy ummi happy overdoseeeeee hahaha. selesai satu aktiviti bersama anak2. next kita ke iskarnival sama-sama weekend ni ye. enjoy!