Art Class Bersama Cikgu Ummi ;)

01/09/2016

20160828_173842

aktiviti dengan dua orang hero kecil di hari ahad.
masa abang ilham ke sekolah pagi tu, ummi, babah dan adik senyap2 ke mydin belanja barang dapur.
masa duk mencari sharpener, babah kata belikan ilham water colour la.
sebab macam dia suka jek masa guna water colour free angry bird park tu.
ummi pun ok je dan teruslah otak ligat berfikir nak buat aktiviti untuk diorang berdua.
jom kita main water colour ye anak2.
bahan2 seperti dalam gambar di atas hehehe.
sketch book ummi untuk mendoodle terpaksa dikorbankan.

20160828_174032

sebelum mula kita posing2 dulu.
adik berusaha nak buat peace walau kelaut bentuknya hahaha.
ooo sebelum terlupa, dua2 hero ni baru je kena gondol rambut memasing dengan babah the barber.

20160828_173747

dia suruh ummi snap gambar dia sorang2. muka poyo hahaha.

20160828_174712

bahan yang tiada dalam gambar.. sebiji kentang dan sebiji bawang besar.
sempatlah ummi bentukkan heart shape pada kentang tu.

20160828_174511

nampak tu gigih si kecil tu nak conteng warna pada kentang.

20160828_175710

hasil 5 minit pertama.

20160828_180042

minit2 seterusnya. warna pun dah bercampur2.
ummi suruh cop pakai tapak tangan.
abang tengah syok mewarna tapak tangan dia.
adik tak nak dia geli hahahaha.

20160828_180609

tup2 abang tunjuk ni.
”ummi.. ummi.. ada kucing jalan”
”haaaa kucing jalan? apa tu bang?”
”ni ha ada kucing jalan”
”oooo.. itu bukan kucing jalan.. itu tapak kaki kucing”

hahahaha suka hati dia je budak sorang ni tau tergelak ummi.

20160828_180709

dah start dia menyalah guna pakai kentang.
ummi biarkan je dia nak buat apa.
ikut je lah kreativiti dia walaupun ummi 3 4 kali tarik nafas dalam dan hembus Vampire bat

20160828_181238

sekali ummi tengok dia dah terlebih lebih kreatif lagi.
up lagi satu level kekreatifan dia.

20160828_181245

dia chop guna tapak kaki pula.

20160828_181344

tertiba ummi rasa scary tengok kaki ilham.
dah macam kaki dinosaur la pulak kahkahkah.
jauh betul imaginasi mak ummi awak ni ilham hahaha.
ayat dia.
”tak pe lah ummi.. ilham suka buat kaki macam ni”
agak2 adik buat apa ye?

20160828_180015
adik tengah syok main tisu yeay!

20160828_180018
koyak2 tisu dengan muka serius.

20160828_180713
lepas tu pergi ke tool box babah.
art work tak siap dia dah buat kerja lain eh.
nak kena student ummi sorang ni tau. babab kang.

20160828_180715
bila nampak ummi snap gambar dia terus la tersengih.

20160828_180723

hamboiiii terlebih rajin dah ni.
siap lap2kan tool box babah.
sebenarnya dua2 orang ni duk tolong babah godeh motor pagi tadi.
tu yang suka sangat main tool box babah tu.
sampai koreng muka adik main spanar screw diver.

20160828_181950

abang kata dah siap work dia.
dia suruh ummi snapkan gambar.

20160828_182133

ini jek lah hasil anak2 murid cikgu ummi.
jadilah dari tak ada aktiviti teruskan hehehehe.

20160828_175429

sebenarnya sambil mengajar tu ummi sambil makan putu bambu juriah.
mommy ngah yang bagi beli masa dia balik parit raja.
memang suka gilalah putu bambu ni.
tapi kalau nak membeli tu orang beratur ramai.
ehhhh syamil pun sukalah makan putu bambu hehehe.
ummi dan adik makan separuh dan tinggalkan babah separuh.

itu saja art class bersama cikgu ummi.
diharap murid2 puas hati.
nanti kita cari aktivit lain pula ye.
Winking smile

Share this nice post:

2 Comments

  • Mar

    13/03/2017 at 11:55 am

    teringat zaman sekolah rendah dulu.. cikgu suruh bawa kentang la pelepah pisang la..
    Habis kentang mak..huhu

    1. Hernee Nazir

      13/03/2017 at 1:43 pm

      hahaha kan..semua mak2 dah rasa..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: