Ilham Syamil 1 Year 6 Months Breastfeeding Journey (27 Jan ‘15 – 27 Jul ‘16)

Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (MBfPC) Motherhood Journey My Breastfeeding Journey My Hero Kechik - Ilham Syamil

cert-master1


alhamdulillah syukur masih diberi kekuatan menyusukan ilham syamil dengan susu ibu,
syukur masih ada lagi rezeki susu untuk adik syamil.
walaupun kadang2 macam2 dugaan.
macam air laut ada pasang surutnya.
tapi Allah bagi juga peluang ummi susukan syamil.
subhanallah. alhamdulillah. allahu akbar.
maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?

so breastfeeding journey kita berbaki 6 bulan lagi dik.
mudah2an Allah permudahkan urusan ummi dan adik supaya dapat capai target hingga 2 tahun.
kalau Allah belum bagi rezeki adik nak jadi abang.. kita teruskan jek after 2 years tu ehehehe,
konfem babah tak marah punya. dulu abang ilham 2 tahun 11 bulan tau.
dah ada ciri2 nak dapat adik baru ummi wean off.

IMG_20160724_101713

budak kecil ni semakin hari semakin banyak akal.
dulu abang asyik buli dia. dia diamkan diri jek. redho dan pasghah.
sekarang dia dah pandai balas kat abang.
kecepek dia bedal abang. hahaha nasib abang la kan.
gigi dah makin bertambah, latest gigi taring nak keluar.

IMG_20160724_102146

bab makan memang kus semangat alhamdulillah tapi badan maintain.
time tidur je baru tak mengunyah hehe. kalau tak kerepek ke apa semua bedal.
setakat ni baru 8.35kg tu yang sampai kena jumpa dietitian huhuhu.
pasghah je la dik.. pandai2 lah ummi menjawab nanti. next appointment 18/10/16.

mulut pun dah becok.
dah banyak juga la words yang dia sebut.
tapi nama “ummi” masih belum pass lagi. huwaaaaa.
babah dia sebut betullah babah.. ummi pun dia panggil babah.
tak pe dik one day adik mesti pandai sebut nama ummi hehe.

ummi selalu pesan dia adik kena sabar.
nanti kalau ummi cakap “adik kena saaaaaaa..” dia sambung “bar” hehehe.
gaya tu memang sama sebiji masa abang kecil2.
adik tolong jangan besar cepat sangat tau.
nanti ummi babah rindu bau manis adik dan gaya manja adik tu.
bila terbayang muka adik ummi rasa nak terbang balik rumah.

mudah2an perjalanan penyusuan kita yang berbaki 6 bulan ni berjalan lancar.
sila bagi kerjasama dan bagi semangat pada ummi ye dik.
ohhhh.. thanks to babah for your 200% support. thanks kawan2 seperjuangan juga.
apa kata babah belanja weolls makan sempena genap 1y 6m ni. ekeke.
kesitu pulak ummi ni ye hahahaha.

ok kawan2.. ibu2.. yang perlukan bantuan ilmu penyusuan boleh contact ummi ilhams ye.
pengalaman saya memang belum banyak.. baru menyusukan 2 orang anak kandung dan seorang anak susuan.
tapi insha Allah ilmu yang ada ni saya cuba bantu kawan2 semua.
jangan malu2 ye.. saya makan nasi tak makan orang Smile with tongue out

p/s dugaan terbaru.. 2 hari lepas hasil mengepam di rumah 6oz tertumpah kat karpet 3oz..
huwaaaaa sedih wooo.. itu namanya rezeki yang bukan rezeki.. redho je la..

MBfPC

Related Posts

2 thoughts on “Ilham Syamil 1 Year 6 Months Breastfeeding Journey (27 Jan ‘15 – 27 Jul ‘16)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!