#Raya2016 | Syawal Day 3

22/07/2016

syawal day 3.
misi beraya ke muar.
tapi sebelum ke muar kita singgah beraya ke rumah angah.

20160708_104957

budak kecil ni nyenyak tidur tak sampai berapa minit masuk kereta.
sampailah kat rumah pak ngah dia masih nyenyak.
maklumlah memasing kena kerah bangun awal hehehe.
thanks angah dan kak wati.. kenyang perut kami pagi dah tumpang sarapan.
lepas ke rumah angah, kami sama berangkat ke sungai suloh rumah mokteh.
kakak kepada mak. memang dah jadi rutin tahunan.
raya ke 2 atau ke 3 ke muar sungai suloh dan parit perupok hehehe.

kat rumah mokteh dah penuh dengan sepupu sepapat babah.
keadaan tak mengizinkan ummi nak snap2 gambar hehehe.
maka tak ada gambar pun.
thanks tuan rumah menjamu kami soto.
sedap pedas terangkat hehehe.

then, kami bertolak ke parit perupok, jalan abd rahman.
kemana lagi kalau bukan ke rumah pak long abang kepada tok ayah ilhams.

20160708_164648

ehhhh.. ehhhh.. ummi ilham berselfie pulak.

20160708_164701

20160708_164719

20160708_164740

jangan muntah ye tengok ummi ilhams dan ummi aisyh berwefie.
punyalah susah nak setting muka memasing kahkahkah.
nak juga nampak selim melim.
padahal anak kiri kanan tu ciak miak kahkahkah.

20160708_164808

yela2.. ummi bergambar dengan adik juga la ye.
babah tengah recharge energy. maklumlah dia drive sesorang hehehe.
lepas ni nak terus balik gelang patah.
abang ilham tengah syok mengumbah mainan aisy.. grrrrr.

selera betul kami makan lauk pauk orang muo.
bertambah2 dengan asam pedas ikan parang..ikan masin goreng yang sedap tu.
teringat2 rasanya.. air tangan mak long, aunty tik dan aunty aii.

20160708_172421

sebelum balik kita bergambar anak beranak.
ni entah snap kali ke berapa lah ni sebab memasing tak bagi kerjasama.
belakang tu, dah siap dah kedai2 baru.
rasanya beraya next year makin meriah sebelah rumah mak long ni.

20160708_172522

gambar lagi dengan ummi2.. ilham2 dan aisy2.
tapi memang haru. paksa abang2 suruh tengok kamera.
kejap lagi rupanya adik2 pulak yang buat hal memasing sabar jek lah.

pukul 5 lebih kami bergerak balik ke gelang patah.
babah tak nak lalu highway takut jem kata dia.
maka kami lalu la jalan muar batu pahat.
amekawwwwwww hadap jem dekat 2 jam.
sempat lah ummi melelapkan mata kejap ehhhh..sorry babah.
sampai bandar batu pahat dah dekat pukul 8pm.
maka perut dah berkeroncong.
babah ajak singgah makan.. cari2 tempat makan.
last2 ke kfc je dengan harapan makanan cepat sampai.

20160708_194750

kfc pun orang ramai beratur hoii.
menunggulah kami 3 beranak sementara babah beratur.
nampak tu dedua dah bagi sign boring.

20160708_194758

say cheeeeeeeeseee dik.. hehehe.

20160708_194839

dia boring tu, ummi tak bagi turun bawah.
abang dah buat kfc macam rumah dia sendiri. lari sana sini.
babah kata dulu masa kecil2 duduk quarters jalan casey, batu pahat,
kak long selalu belanja diorang adik beradik makan kfc sini hehehe.
ummi ni nama je dah kahwin 8 tahun dengan orang batu pahat,
tapi orang BP ni tak bawa pun meneroka BP hehe.
wokeh siap2 makan kami pun bergegas balik ke gelang patah.
sampai rumah pukul 11 lebih. fuhhhhh. fenat!

tamatlah 3 hari berhari raya dengan family babah.
esoknya beraya ke rumah family ummi pulak.

ok babai!

== OOTD ummi ilhams ==

nursing jubah – jubah sumayyah by the modest alia
instant shawl – instant shawl ulya mocha by elsajida
** nantikan review nursing jubah dan instant shawl dari ummi ilhams.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: