DDHN | Homemade Potato Chips

Dari Dapur Hernee Nazir

cerita minggu2 sudah..
projek membuat homemade potato chips untuk abang ilham.
buat kunyah2 sambil tengok tv.

bahan2:
6 biji kentang pelbagai saiz.. hahaha
sedikit cuka makan
air
minyak untuk menggoreng
sedikit garam (nak letak ke tak terpulang.. tak letak pun sedap lemak)

cara2:

20151219_142336

kupas kulit kentang dan basuh bersih.

20151219_142706

sagat kentang nipis2. panaskan air sehingga mendidih dan masukkan sedikit cuka.
masukkan kentang yang sia disagat dalam 3 minit untuk memastikan kentang rangup. 
kemudian bilas dan toskan.
goreng kentang sehingga warna kuning keemasan.
angkat dan bubuh secubit garam jika suka.

20151219_194755

taraaaaaaa.. dah siap dah dapatlah sebalang.
cepat2 asingkan untuk babah, takut babah tak sempat menjamah.
ilham dan ummi sama laju makan hehehe.
nanti nak buat lagi sedap kalah mister potato.
ok overclaim! ekekeke.

Related Posts

2 thoughts on “DDHN | Homemade Potato Chips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!