Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 2 Part 3

Colleagues Travel Travelogue - China Ummi Ilham at Work

Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 2 Part 3

Sambung lagi dan lagi.. sampai habis.. hehehe.
dalam entry lepas saya ada mentioned yang kami terpaksa check out sehari lebih awal dari hari yang sepatutnya.
semuanya berpunca dari perkhabaran yang menggerunkan.

IMG-20150710-WA0022

typhoon menyerang! fuhhh!
masa ni tak silapnya typhoon linfa dah selamat mendarat di northern philipines, taiwan dan southern china.
dan yang bakal2 muncul typhoon chan-hom dan nangka.
typhoon chan-nom expected headed to landfall dekat area eastern of china.
dengar jek berita gitu kecil besar rasa hati.
doa jek lah dapat balik malaysia dengan selamat.
seminggu lagi nak raya hoiiiiiiiiii.
jangan sampai kami nyanyi lagu dendang perantau sambil makan dim sum kat sini.
Crying face

Crying faceCrying faceCrying faceCrying faceCrying faceCrying faceCrying faceCrying faceCrying face

lepas dah berkumpul semua di lobby.. siap urusan check out, kami pun berangkat ke hong kong.

zhuhai to shenzen

sebelum terbang ke sini, saya dan nazam dah siap2 buat research.
cehhhhh.. research lah sangat kan.. menggoogle2 lah info2 penting dari sana kesini.
map sana map sini. jarak dari sana ke sini.
tak sangka apa yang dii googlekan tu kami laluinya.
haaaa tengok tu, dari zhuhai ke hong kong lalu jalan darat ambil masa lebih kurang 2 jam 33 minit.
kira macam buat u-turn la kalau tengok map. fuhhh.

20150709_145919

we started the journey to hong kong! Auto
fuhhhh sedih tak puas lagi nak ronda zhuhai.

20150709_150033

tangan ni sempat jek lah snap apa je yang nampak menarik.
sampai ke tahap batu bersusun ni pun nampak menarik kata koooo.. Just kidding

20150709_150134

angan2 nak ke sini tak kesampaian.. statue of fisher girl.
ni salah satu kawasan tarikan pelancong ke zhuhai.
sempat snap dari jauh je lah ye.

20150709_151656

satu hapa tak faham signboard kat traffic light ni hahaha.

20150709_153022

melalui kawasan tol. babai zhuhai.

20150709_162022

beberapa minit perjalanan hujan dah mula turun.

20150709_171423
20150709_171756

melalui highway yang sangat panjang.. melintasi sungai laut.. aiyakkkk bila mahu sampai.
dengan mengharungi jalan yang jam!
boleh tahan ganas driver2 china ni drive tau.

20150709_172256
20150709_172316

cuci mata tengok keliling. tak tahu bila sampai sini lagi.
saya sangat kagum tengok seni bina bangunan2 di sini sangat2 menarik tertarik dan unik.

20150709_172633

lalu tol lagi.. tapi tak tahulah tol apa. malas nak tanya hahaha.

20150709_172741

sepanjang merentasi highway yang panjang ni macam2 pelabuhan yang kami lalu.
memang lama gila rasanya nak sampai. maybe sebab perjalanan tak lancar.

20150709_174138

oleh kerana jalan jam, maka kami sampai ke shenzen bay port lebih kurang selepas 3 jam perjalanan.
sampai sini lebih kurang jam 5.40pm.
masa ni duk la mengomen itu ini.. duk tengok kereta, mpv sebelah.
sampai turn kami di immigration checkpoint.
sorang demi sorang di check.
tiba ke passport kami bertiga.. macam ada masalah.
yes konfem ada masalah.
driver discuss dengan pegawai imigresen.
lepas driver, mr. ken pulak discuss.
hmmmm.. sah.. passport kami tak lepas kecuali mr. mukesh dan kawannya.
masing2 tak perasan yang visa kami hanya untuk ke zhuhai sahaja bukan ke seluruh china.
jadi kami tak dibenarkan melepasi shenzen.
kalau nak lepas diorang akan blacklist nama2 kami.
ohh maiii.. tak nak lah jadi macam tu ye tak.
maka kami akur kenalah berpatah balik ke zhuhai.
balik ke zhuhai selepas 3 jam perjalanan.. ya ampunnnnnnn.
hadoiiiiiiiii masa ni Allah je yang tahu dalam hati.
macam2 difikir.. kalau typhoon tak ok macamana?
flight kami yang sebenarnya malam esok.
kalau feri dari zhuhai still tak beroperasi esok macamana?
raya hoiiii raya.
maka bermulalah episod PATI (Pendatang Tanpa Izin) dalam hidup kami bertiga. hahaha.

20150709_180846

PATI 1 Just kidding

20150709_180850

PATI 2 Nerd smile

20150709_180857

PATI 3 Flirt female

20150709_180928
20150709_181036

memasing mengheret luggage sendiri.
mr. ken cepat2 call encik driver tadi untuk berpatah balik ambil kami berempat.
kesian encik driver, dah sampai jauh gamaknya kena patah balik.
dah la highway tu macam tak ada jumpa kawasan nak u-turn.
ahhhh nasib awaklah encik driver.

GOPR4360

muka sedihlah konon terpaksa jadi PATI di china hahaha.
selalu tengok PATI kat negara sendiri kali ni kami cuba cari pengalaman sendirilah nampaknya hahaha.
lepas suka suki bergambar kat sini sekali pakcik imigresen keluar dari cabin kecil ni.
sia2 kena marah mana boleh suka2 bergambar hoiii. hahaha.

20150709_181354

mr. ken minta maaf banyak2 kat kami.
dia pun tak sangka jadi macam ni.
tak apalah pengalaman, kalau tak kami tak pulak merasa sampai ke shenzen.
tak juga dapat cuci mata tengok keindahan alam ciptaan Allah ni kan.
lebih kurang setengah juga menunggu baru driver sampai dan bawa kami balik ke zhuhai semula.

20150709_183838

merenung dan memikirkan nasib hari esok.. feri ohh feri..

20150709_185621
20150709_185744

bertolak semula ke zhuhai dalam jam 6 lebih dah dekat2 jam 7pm.
masing-masing dah kepenatan, bercakap bila perlu je.
lain2 aktiviti adalah tidur sambil menunggu masuk waktu berbuka.

20150709_191948
20150709_192025

sampai waktu berbuka kami alas perut dengan mineral water dan twiggies orange tea cake.
stok makanan capt. nazer. malas nak bongkar luggage ambil kinder bueno.
makan jek lah apa ada buat alas perut.

20150709_204412

dari terang sampai ke gelap.
alhamdulillah jalan  balik menghala ke zhuhai tak jem macam nak ke shenzen tadi.
jadi perjalanan lebih laju. tak sampai 3 jam dah sampai zhuhai.
mr. ken terus bawa kami berbuka puasa di muslim restaurant.
datang kali kedua, waitress senyum macam dah kenal lama ehehehe.
kesian mr. ken dia pun lapar, dia kata dia sama2 berpuasa dengan kami hehe.

20150709_210102
20150709_205926

masa waitress duk bagi air putih ni, kami dah pelik. haaa??? nak buat apa ni?
sekali tengok mr. ken duk bilas cutleries. then baru dia terangkan yang air tu memang disediakan untuk cuci cutleries.
oooooooo.. barulah kami faham hehehe.

yang bestnya nazam kena paksa minum air apa entah.
macam air chikong gitu banyak buah2 kekacang dalamnya.
dah minum badan panas hahaha amekawww.

20150709_210018

satu hapa tak faham. kami cakap jangan order banyak2.
sekali haaaa berderet menu dia order. layankan jek lah.

20150709_210308

roti tak tahu nama. ala2 pizza tapi tak ada topping.

20150709_210442

air tembikai lagi.

20150709_211147

lamb dumpling.

20150709_211153

stir fried leek with beef. sedap! Thumbs up

20150709_211517

2 set mix vege.. yummeh.. suka gila mushroom tu.

20150709_212149

ni versi ayam ala2 kari semalam. tapi tukar beef. sedap juga.

20150709_212225

fried rice.

20150709_212438

mee goreng. tak berapa nak sedap sangat.

20150709_212954

ayam goreng pun biasa2 jek. sedap lagi goreng sendiri kat rumah hehehe.
alhamdulillah berbuka puasa jam 9pm. fuhhh lapar yang amat.
lepas makan2 kami pun bertolak ke harbour view hotel.
beriya dah babai2 siang tadi. eh check in semula hahahaha.
terus menuju ke lobby sebab nampak ada notis asal typhoon.

20150709_215111
20150709_215729
20150709_215655

haaaaa.. tu dia. typhoon signal. setakat malam tu masih warna biru.

”BLUE – means that local place would be affected by strong wind within 24 hours>
average winds of force 6 to 7”

lepas tu kami terus check in lah ke bilik masing2.
kali ni tercampak kat tingkat 15 pulak Smile
jom!

20150709_220138
20150709_220147
20150709_220154
20150709_220220

lagi selesa biliknya. tapi nampak scary hahahaha.
penat memang penat, tapi sangat2 lega sebab dapat wifi. hahaha.
masa untuk mengupdate keadaan semasa pada insan2 tersayang ecehhh.
boring tahap dewakan tak boleh log in facebook. huh.
you tube. google apa lagi. strict betul china ni.
yang boleh cuma whatsapp, line, wechat pun kadang2 hidup segan mati tak mau.
dah puas berbual masa untuk lelap, takut tak sedar bangun sahur.
guna petua babah ilham, sebelum tidur selain baca doa, selawat dan tepuk bantal.
niat nak bangun pukul berapa hehehe.

20150710_044409

alhamdulillah terjaga jam 4.30am untuk bersahur.
sahur musafir, maggi kari dan roti gardenia.
tak dilupakan ESP dan vitamin2 peneman ummi ilham.
lepas subuh membongkang tertidur semula.

to be continued
Winking smile

jom baca!
Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 1 – Part 1
Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 1 – Part 2
Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 1 – Part 3
Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 2 – Part 1
Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 2 – Part 2

Loading

Related Posts

One thought on “Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 2 Part 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!