Ramadhan 2015 | Day 28 & 29

Dari Dapur Hernee Nazir Ramadhan Al-Mubarak

entri terakhir untuk update ramadhan 2015.
hari2 terakhir masih bersemangat memasak.

RAMADHAN DAY 28

menu hari ke 28 kami simple je. baling2 siap. ecehhhh ye2 ooo berbual.

20150715_190508


asam pedas ayam.. johorean’s favourite 🙂

20150715_190405

sotong masak hitam..
ilham mesti ala2 jakun kalau tengok ummi masak lauk ni..
scary kot tengok ummi makan bibir sampai hitam hahahaha.

20150715_190440

brokoli dan carrot sos tiram

20150715_175547

haaaaa ni special sikit.. brownies dari dasy homemade..
puas merayu buat ayat sedih akhirnya order diterima hahaha.
tq mami long.

20150715_191633

peneman setia kami berbuka puasa. sentiasa redho dengan nasib diri hahaha.

RAMADHAN DAY 29

yeahhhh.. alhamdulillah tiba ke penghujung ramadhan.
syukur berjaya berpuasa sepanjang ramadhan kali ni.
walaupun terkucil sehari tak sahur, dan dugaan menyusukan syamil alhamdulillah.
Allah permudahkan kami sekeluarga berpuasa.

oleh kerana turn berhari raya aidilfitri tahun ni di gelang patah,
maka rumah kami lah bakal jadi tuan rumah.
saya cuti awal sehari, bergotong royong dengan mami ngah masak juadah raya.
tengahari baru kami start kelentang kelentung.
menu kami simple je, nasi impit, ayam masak merah, rendang, kuah lodeh dan dalam perancangannya sambal kacang.

oleh kerana nasi impit, rendang daging dan ayam masak merah dah siap,
jadi menu berbuka saya masak nasi dan goreng telur mata lembu je.
lain2 kita makan je lauk yang dah siap masak tu.

20150716_191852

haaaa inilah menu atas meja kami. menu berbuka last day of ramadhan.
ilham suka le sebab “ayam red” dia ada banyak.
lepas berbuka segala siap.
marilah kita standby depan tv untuk menunggu pengumuman hari raya.
kot2 lah tak jadi raya kan. anak bulan tak nak keluar ke.
haaa haru juga ayam 3 ekor dah siap masak tu hehehe.

20150716_201124

alhamdulillah atok ni kata esok 17 julai 2015 raya! yeay!

20150716_203015

nah.. ni orang paling excited nak sambut first raya.
tenganga tengok tv awak dik.
macam faham je gayanya kan hehehe.
syamil first raya masa umur 6 bulan.
abang ilham dulu baru 2 bulan dah beraya hehehe.

semoga kita dipertemukan lagi dengan ramadhan akan datang.
selamat beramal!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!