Frenz, Ramadhan Al-Mubarak, Work

Ramadhan 2015 – Day 19

cerita semalam, berbuka di Absolute Thai, Medini Mall, Nusajaya. wahhh dah lama kot tak makan kat sini. terus terbayang kuah tomyam yang sedap gila tu. oppsssss puasa! :p

20150706_192308

sampai2 dah nak tiba waktu berbuka. tapi terpaksa menunggu beberapa minit sebab makanan tak ready lagi.

20150706_191436

meja kami, saya sefamily, yap, taqim dan big boss capt akashah.

20150706_191447

meja belakang, capt nazer’s family

20150706_191505

meja sebelah, kak intan dan mira, kak leen dan en. hairil, en.razak, wife dan anak.

20150706_192052

ummi dan superheroes kesayangan yang bakal dirindui. semalam awal2 mood syamil ok, lama2 dia dah mengantuk kurang ok sikit. huru hara sikit ummi nak makan. kesian la hai.

20150706_200806

ummi sambung makan, uncle akashah pegang dia, lepas tu babah pula sambung jaga dia sampai tertidur kat bahu. alahai sian. lepas tu macam biasa terus transfer dalam ssc. nyenyak dia sambung tidur.

20150706_200826

haaaa nampak serabut meja kitorang. lauk pauk yang sangat sedap.. steamed siakap with chillies, garlic and lime sauce, spicy firepot tomyam soup with river prawn/ , stir-fried baby kailan with salted fish, stir-fried mix vege with garlic, sizzling river prawns with butter sauce served on hot plate, pandan leaves chicken.

20150706_200836

budak berdua ni tengah fefeeling makan pulut mangga..

20150706_200758

my favourite.. mango with sticky rice.. dalam bahasa melayunya pulut mangga hehehe yummehhh.

masa menunggu makanan tu sempat ronda keliling medini mall dengan syamil. bila ilham nampak dia kata kenapa ummi tak ajak saya pergi legoland. hehehe.

20150706_192951

lama tak masuk legoland. nantilah ye abang ilham ummi bawa mandi manda.

20150706_193018

20150706_202854

saja menjengah.. untuk yang nak berbuka di medini mall, ada banyak pilihan kat sini ye, kfc, secret recipe, old town white coffee, burger king, the chicken rice shop dan tak ingat hehehe.

20150706_192918

20150706_192940

satu lagi daya tarikan, container cafe. dah lama tak jejak sini baru tahu ada satu container cafe. “bxie blonde”.

20150706_202953

medini doodle mania.. ada banyak jugalah doodles yang diluahkan di kiub2 yang disediakan. alamak tangan babah menyelit hehe.

20150706_202934

20150706_202916

20150706_202922

3 ni antara doodles yang menarik perhatian saya. macam comel jek kan. hehe.

lepas siap2 makan kami pun pulang ke pangkal jalan. nak ke bukit indah kejap lepas terus balik rumah. oppssss singgah kedai papacu sebab abang ilham rindu nak makan roti canai papacu. layankan aje lah. dia membebel cakap kat babah ummi ni tak masak nasi hari ni. hahaha. dah berbuka kat luar tak kan ummi nak masak lagi. ilham ilham. ok untuk berbuka hari ni, insya Allah ummi masak ye. kecuali babah merayu sambil menangis2 tak bagi ummi masak baru kita cari lokasi best berbuka hehehe.

ohhh btw, thanks to mr.ravi, mdm ritha and the team sebab belanja kami berbuka puasa 🙂

p/s ummi ilham tengah menghitung jam dan minit sebelum mengucapkan selamat tinggal buat hero2 kesayangan.. kita jumpa 3 hari lagi ye.. ummi mesti rindu kat babah, abang ilham dan adik syamil.. doakan ummi selamat pergi dan balik.. :’(

Share this nice post:
Tagged ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *