Ilham Syamil 5 Months Update

Baby Development My Hero Kechik - Ilham Syamil

alhamdulillah 27 jun 2015 mencecah bulan ke 5 syamil hidup dengan ummi, babah dan abang ilham. syukur atas kurniaan Allah yang meminjamkan kami anak syurga berlesung pipit sorang ni πŸ˜‰

malas pula nak copy pembesaran bayi untuk 5 bulan. jadi kita bercerita jek lah pasal ilham syamil ye. timbang ahad lepas badan semakin kussssss semangat. walaupun takΒ  over montok macam anak2 orang lain, tapi dengan berat 6.55kg ni pun dah melenguhkan tangan ummi tau dik. alhamdulillah adik sihat setakat ni. susu pun laju je. masuk ramadhan je bekalan adik meningkat 18oz sehari. maka bekerja keraslah ummi yang berpuasa ni mengepam nak pastikan stok susu adik mencukupi. mudah2an Allah bagi rezeki susu yang cukup untuk adik sampai 2 tahun ye.

ok, skill terbaru adik, meniarap. mula2 meniarap bontot tertinggal, kadang2 kepala tertinggal. lepas tu mula la adik meradang jek hehe. bila ummi tolong sikit, adik dapat meniarap muka puas hati gila ehehe.

Ini carta tumbesaran adik.. ummi tak sempat nak buat chart macam bulan lepas. lupa save pulak tu hehe.

new born – 2.95kg
1st month – 4.6kg
2nd month – 4.95kg
3rd month – 5.54kg
4th month – 6kg
5th month – 6.55kg

jomlah kita skodeng muka adik yang mencairkan jiwa raga ummi πŸ˜‰

20150620_122922

20150620_122958

kembang sekali hidung awak dik. jangan sindiri hidung ummi boleh tak? :p

20150620_123007

gambar ni masa on the way nak balik kampung ramadhan ke 2. buntang2 mata dia tengok camera. sebiji lah muka abang ilham masa baby.

2015-06-18 02.26.29 1

ni ummi skodeng dia nak meniarap. bersungguh betul. sambil mulut membebel terjerit2.

2015-06-18 02.26.31 1

ok dah berjaya meniarap. berjurai2 air liur hahaha.

2015-06-18 02.26.32 1

ummi panggil nak snap gambar dia. dia bagi muka serius gini hehe. alahai adik syamil buat ummi geram jek tengok muka tu kan. macamanalah ummi nak tinggalkan adik dengan abang next week hmmmmm. bismillahi tawakkaltu alallah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!