Penginapan 2H1M Di Bangi Lanai Hotel Bangi

Cuti2 Family's Activity

Penginapan 2H1M Di Bangi Lanai Hotel Bangi | cerita jumaat lepas, perjananan kami ke National Conference Shaklee 2014/2015. ummi dah siap2 apply cuti jumaat dan isnin tapi dalam hati masih tak ting tak tu. nak pegi ke tak nak. akhirnya hati kuat mengatakan pergi herneeeeeee pergiiiii 😉

plan asal babah kata kita bertolak subuh2 sabtu. sekali tengahari babah kata kemas2 jek lah baju. kita bertolak petang. hambikkkkk.. satu apa baju tak kemas lagi. nasib baik ummi tangkas ecehhhh. sekejap jek kemas baju dah siap. dalam pada tu, babah sempat book hotel bajet sekitar bangi. kenapa stay bangi? sebab nak menyinggah rumah sepupu dia esoknya hehe.  babah book dekat Bangi Lanai Hotel. testimoni dari angah kata ok kat sini. kami sampai pun dah tengah malam, berapa jam jek nak stay kan jadi ambil hotel bajet jek lah.

sebelum bertolak sempat ke jusco dulu carikan seluar abang ilham. kesian dia, seluar dah kontot semua. sempat juga pow babah makan kat johnny’s hehehe.  dalam pukul 6pm kami bertolak. pung pang pung pang sampai sana pukul 11pm. sampai2 check in terus keluar semula pergi isi perut. ilham boleh pulak mencari roti canai papacu bila dah sampai bangi hahaha. sabar jek lah budak sorang ni.

kami dapat bilik anggerik 16. bilik kami ambil yang katil king size. oklah, selesa la untuk kami 4 beranak. ada balkoni kecil untuk ambil angin. keluar balkoni dah nampak bangunan asrama anak2 yatim darul izzah kat belakang.

esok pagi yang tak berapa nak pagi, dalam pukul 11am kami bersiap2 nak check out. nak menuju ke The Mines, Seri Kembangan. sempat breakfast roti canai babah tapau kat depan.

20150606_102844

20150606_102935

ni pocoyo kecik ummi. sabar jek lah adik kena bagai.

20150606_113230

tu pocoyo besar.

20150606_113536

ni ayah pocoyo hahaha.garang no muka babah kan. hahaha.

20150606_113553

tak sempat dah nak snap bilik yang kemas2. sempat snap masa beg dah menimbun. hehehe. hari ni hangin kus2 ilham datang lagi. susah no nak ajak bergambar.

20150606_114317

jom check out. babai bangi lanai hotel. kot lah sampai sini lagi, kami check in sini jek lah. murah dan selesa walaupun ada ruang2 yang nampak scary hehehe.

sebelum sampai ke seri kembangan sempat jugalah sesat berpusing satu bangi. hahaha. ok pengalaman tu. cerita sepenuhnya pasal NC Shaklee 2014/2015 next entry ye 🙂

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!