DDHN | Projek Weekend Ummi Ilham.. Meroti, Mencheesekut dan Mempizza Lah Konon ;p

Dari Dapur Hernee Nazir My Hero Kechik - Ilham Syamil

dari minggu lepas teruja betul bila bff saya cdot share aktiviti terbaru dia, membuat roti. sebelum tu memang rasa excited nak beli bread maker. tapi berfikir2 500 kali takut tak guna jadi tukun jek kat dapur nanti. bila cdot share resepi meroti memacam rupa rasa makin teruja. bagitau babah nak beli bread maker. dia benarkan tapi tak beli2 juga. bila tanya cdot, dia kata better beli oven dari bread maker. hmmm betul juga. kat rumah ada microwave tapi jek hadiah kahwin dulu. mana boleh bakar roti. saya ikut cakap cikgu roti sana yang nun jauh di KL.

20150424_135724

dengan tekad dan semangat waja, jumaat lepas, waktu lunch saya berdezup ke Perlinda Indah beli bahan2 dan alat2an yang tak ada kat rumah semata2 untuk mencuba membuat roti. ada jugalah bahan2 sampingan nak buat cheesekut hehehe. haaaa 3 bakul sekali angkut. beriya beli bahan2 kan, padahal oven tak beli lagi.

sebenarnya malam tu ajak babah ke tesco nak beli oven, sekali on the way tertukar arah ke jusco. sampai jusco beriya pula memilih oven. pilih2 yang berkenan di hati sekali promoter kata “maaf kak, semua oven display ni kami tak jual sebab tak ada stok, stok baru belum sampai.. yang display ni kotak tak ada.. warranty card pun tak ada” ohhh hancur hatiku mengenang oven menjadi keping2 hahaha.. “oo ye ke.. hmm tak apalah kalau macam tu” teruslah jalan berdua ilham menuju ke Johnny’s. babah jaga adik syamil sambil tunggu makanan. sudahnya ke jusco pergi makan jek lah.

IMG-20150424-WA0046

balik kerja hari jumaat berdezup ke mydin nusajaya mencari oven. nak juga.. nak juga.. maka saya pun membelilah oven pensonic ni je RM122.90. jimat duit yang semalam tu RM260++ hahaha. hikmah tak ada stok. balik ke rumah ilham menjakun pula tengok oven. sabar eh nak. tunggu ummi buat roti. siap masak makan malam, tunggu babah balik sampai tersengguk2 tidur. kepenatan mencari bahan meroti. sebelum tidur niat dalam hati nak bangun pukul 4am nak start meroti, harap2 dapatlah babah bersarapan roti sebelum pergi kerja. sekali malang tak berbau terbabas tidur sampai 6 lebih. hancur harapan babah breakfast telur separuh masak dengan teh o jek kesian.

lepas babah pergi kerja, berdezup ummi sarung apron.

IMG-20150425-WA0011

haaaaa.. siap berapron poyo tak poyo sangatlah kan. gaya mesti ada walau baru first time nak buat roti ekekeke. handphone sentiasa bersiap sedia kat tepi senang nak tanya cikgu online.

IMG-20150425-WA0008

baca resepi dan tips cikgu cdot berkali2 tak sudah2.

20150425_090511

taraaaaaa.. bahan2 dah tersedia. buat 2 adunan.

IMG-20150425-WA0014

meh kita menguli. fuhhhh berpeluh2 weh nak menguli. pesan cikgu cdot jangan buka kipas. memang kat dapur rumah saya tak ada kipas pun. jenuh2 tapi ngelat mula2 minta bantuan mixer gaulkan sikit ekeke.

20150425_092850

doh yang dah siap diuli. baru ku tahu betapa jenuhnya nak menguli doh roti. selalu tahu makan jek kan.

IMG_20150425_095958

ni doh yang dah rest in peace kan selama 30 minit hehehe. snap gambar bagi cikgu tengok.

IMG-20150425-WA0024

lepas tu bahagi2kan doh 50g setiap satu. siap timbang skema betul ikut dalam resepi. padahal nak makan sendiri jek hehe. lepas tu

20150425_103057

ni hasilnya dapatlah lebih kurang 20 ketul. biar dia rest in peace sekali lagi dalam masa 1 jam.

IMG_20150425_110403

lepas sejam haaaa ko. debab2 doh naik. sekali rasa nak tertengok semula gambar bahan2 yang saya snap. dan barulah saya perasan, ada 3 kekurangan roti saya ni ekeke. pertama, terlupa letak garam, kedua terlupa tambah sebiji lagi telur, kan ke buat 2 adunan. dan yang ketiga, terlupa ayak tepung hahaha. adoiii boleh gitu ek. tawakkal jeklah doa2 harap2 menjadi. cepat saya gliskan permukaan roti dan terus bakar. oh ye sebelum tu panaskan oven.

IMG_20150425_111915

roti pertama dibakar.

IMG_20150425_112211

ni yang lepas di glis dan diparut cheddar cheese. buat pertama kali satu jenis jek lah. ni pun ada lagi satu tercicir. cikgu pesan parut cheddar cheese dan tabur gula castor. tapi mak lupa nyahhhhh. banyak betul makan semut. cessss.

IMG_20150425_112328

hasil pertama, ter “ireng” pula. tanpa berlengah moh la kita rasa.

IMG-20150425-WA0048

warna tak berapa memuaskan, tapi rasa boleh tahan lah. puji roti sendiri ekekeke.

IMG-20150425-WA0047

yang ini satu untuk mama cu, satu untuk mami ngah dan satu lagi untuk nenek. macam ton warna kan hahaha. biasalah amatur. belum serasi lagi dengan oven. patutnya kata cikgu cdot kena alihkan masa bakar tu.

IMG-20150425-WA0049

yang ni, standby untuk babah buat breakfast pagi ahad sebelum pergi kerja. sudahnya babah makan 2 ilham makan 1.

lepas siap2 meroti jengah atas. masa tengah bakar hujung2 tu dengar suara syamil ngek2. tapi tawakkal jek siapkan membakar.

IMG-20150425-WA0017

dah bersilang pangkah rupanya anak2 ummi. mak gila nak meroti anak sampai tengahari tak mandi. abang ilham macam biasalah bangun lambat. bila bangun ummi offer roti, dia tak nak. dia kata roti ummi kotor ada cheddar cheese yang diparut tu. bertuah betul suka hati dia jek. ummi pun pasrahlah. tak nak tak pe ummi makan sorang. malam babah balik makan tup2 dia kata nak roti.

20150426_001822

sampai ke larut malam mencari roti. haaaaa baru tahu erti penyesalan kan. tapi tengoklah tu. kulit atas yang ada cheese dibuangnya. dia kata saya nak roti yang white je. tu lah siang tadi jual mahal dengan roti ummi. tahu le tak cukup sifat. cessss.

next project sabtu..

20150426_102240

membuat cheesekut. asalnya nak buat untuk makan sendiri jek. saya memang suka gila makan cheesekut. sekali kebetulan nak keluar bersteamboat dengan geng2 office, jadi saya buat lebih la bagi diorang jamah sikit. khas untuk cheta yang jauh dari KL. nyum2 sedapnya.

hari ahad pula, pagi yang tak pagi sangat tu, saya siap2 prepare bahan2 nak masak udang lemak nenas. nak siap masak terus santan dan nenas tak beli lagi. jadi kebetulan nak bawa syamil check up 3 bulan nanti baru singgah kedai.

IMG_20150426_141536

beriya ummi masak udang yellow, sekali abang ilham kata saya kan nak udang red. adoiii la nak. semalam awak juga yang sebut nak udang yellow. tiba masa tak nak pulak. dia kata ummi pergilah masa udang red. sanggup dia tak nak makan tu. bila petang tu pujuk2 akhirnya mengalah juga. makan pun. saja je ngade2 nak menduga kesabaran ummi.

semalam dah janji dengan babah nak buat pizza. tapi babah kata jangan janji2 hahaha. petang ahad bermulalah projek membuat pizza.

20150426_191505

ni lah rupa pizza giant tu. ikut resepi cikgu cdot 1 pizza. rupa2nya itu untuk pan yang 10 inchi. pan saya 8 inchi jek. entah kenapa tak terfikir nak bagi 2 doh tu. topping atas tu saya letak sausage, cendawan, capsicum, nenas, base nya saya guna sos spaghetti tradisional kimball dan disaluti mozarella cheese dan cheddar cheese. panaskan oven dan bakar.

IMG-20150426-WA0048

haaaa dalam oven. makin lama doh makin menggebu naik. adoiii. garu kepala kejap. matilah kena gelak dengan babah macam ni. pizza kembang semacam jek.

IMG-20150426-WA0050

ni dah siap masak. memang tebal semacam pizza ku ini hahaha. boleh jadi beralih rahang nak nganga makan. hahaha. terperanjat agaknya cikgu cdot tengok. ekeke. rasa not bad. next time cuba lagi ye ummi ilham. babah balik tanya mana pizza. berat mulut nak cakap. tu ha pizza size giant. babah bedal jek nak jaga hati ummi kan hahaha.

plan sebenar lepas buat pizza nak buat roti bekal pergi kerja. sekali pukul 8 lebih, ilham request nak kuih ibu pulak. alahai tak sampai hati pulak lagi2 bahan2 memang ada. mendonutlah ummi memalam hari sambil mengelek syamil yang nangis. siap goreng 5 ketul untuk abang ilham, ummi makan seketul.

20150426_220829

lebihnya difrozenkan untuk bekal dia ke rumah opah esok dan simpan untuk makan di rumah.

20150427_071031

ni bekal abang ilham ke rumah opah. donut ummi bentuk pakai tangan jek. malas nak pakai acu rasa susah pulak pakai acu mami ngah bagi tu.

20150427_074416

lebihan pizza domok size giant tu dengan redhonya tukang buatnya bawa pergi office buat breakfast hahaha. tapi doh yang menebal tepi tu terpaksa digunting sebab tak muat masuk bekas tupperware. makan sesorang jek sebab tak tergamak nak bagi kawan2 haha. nantilah dah teror baru buat khas. next nak try buat roti sarang lebah dan roti sausage. tapi tak tahulah bila buatnya tu hehehe.

saya sangat2 enjoy dengan aktiviti weekend lepas. tak sabar nak meroti lagi. ooopsss saya buat roti untuk makan sendiri je bukan untuk bisnes hehe.

Related Posts

3 thoughts on “DDHN | Projek Weekend Ummi Ilham.. Meroti, Mencheesekut dan Mempizza Lah Konon ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!