Throwback | Ummi Ilham @ Seminar “Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Anak Tanpa Tekanan” Bersama Teacher Watie, Genius Baby On Board

Ilham @ Playgroup GBOB Info Sharing Parenting Parenting Program Parenting Tips Rambling The Ilhams Learning Phase

banyak betul kisah2 silam ummi ilham yang lupa untuk dikongsi kat blog ni kan.

kali ni bengkel setahun lepas. eh salah 2 tahun lepas.

Seminar “Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Anak Tanpa Tekanan” bersama Teacher Watie, Genius Baby On Board. bengkel ni berlangsung pada 28 Januari 2013. amekawwwwwwwww. memang dah nak masuk 2 tahun perap.
ilham pun cenonit lagi masa ni. baru lebih kurang 1 tahun 6 bulan. gigih ummi menuntut ilmu untuk anak2 syurga. kebetulan masa tu pun ilham baru berjinak2 join GBOB, JB. peluang ni tak boleh disia2kan.

2013-01-28 18.03.49

pertama kali bertemu dengan ibu, isteri dan guru hebat, Teacher Watie yang punya anak istimewa. sangat2 teruja dengan semangat dia dalam memperjuangkan . kalau teacher watie boleh, takkan saya tak boleh. ye dok? 😉 

Antara Topik Utama Yang Akan Dibincangkan:

# Psikologi Bayi & Kanak-Kanak
# Bila Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
# Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia?
# Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak
# Bagaimana Otak Anak Berkembang?
# Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Anak Dengan Mudah?
# Kuasa Otak Anak & Potensinya
# Pengendalian anak-anak yang mempunyai isu tingkah laku

 

Objektif UTAMA Seminar & Motivasi ini:

1: MENGUBAH secara TOTAL pandangan Ibu Bapa tentang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak dan betapa PENTINGNYA STIMULASI dalam 6 tahun PERTAMA hidup seseorang anak itu.

2: Memberi kesedaran Ibu Bapa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak bukan setakat Alif Ba Ta, 123 dan ABC sahaja, ia lebih besar dari apa yang kita semua sangkakan.

 

Output Seminar:

1: Peserta yang hadir akan melihat “PENDIDIKAN AWAL” ini dengan dimensi yang berbeza dari apa yang mereka fahami selama ini dan Insya Allah, mengubah diri menjadi Ibu Bapa yang lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menggunakan masa yang “sedikit”, yang masih ada, untuk menstimulasi anak syurga masing-masing.

2: Tidak menjadikan alasan “sibuk bekerja” untuk tidak menunaikan HAK anak dalam menerima pendidikan di rumah kerana telah mengetahui teknik-teknik yang boleh diaplikasikan serta merta untuk meningkatkan kepintaran anak dengan cara yang mudah, menyeronokkan dan berkesan.

3: Setelah memahami fungsi otak & psikologi anak dlm seminar ini, para peserta akan menginsafi bahawa: Untuk melihat perubahan berlaku pada diri anak, Ibu Bapa yang WAJIB BERUBAH DAHULU! Insya Allah, melalui penerangan yang detail, para Ibu Bapa akan lebih menghormati anak, sabar dan merendah diri setiap kali bermain dengan anak kerana sudah memahami fitrah sebenar anak mereka.

credit info: http://geniusbabyonboard.blogspot.com/2013/03/parenting-seminar-motivation-talk-by.html

 

2013-01-28 18.31.37

 

alhamdulillah, banyak ilmu yang saya dapat untuk diaplikasikan. sempat juga ilham jumpa teacher watie. masa ni dia datang dengan babah untuk jemput ummi balik.

 

2013-01-28 18.36.10

 

rakan2 seperjuangan, ibu2 yang menghantar anak2 syurga mereka di GBOB, JB.

 

2013-05-15 08.16.06

 

alhamdulillah dapat sijil untuk seminar pendidikan awal kanak-kanak. syok sebenarnya bila dapat belajar pasal anak2 ni kan. tahun ni, ummi akan berusaha meluangkan masa lagi untuk program2 ilmiah macam ni. dapat ilmu untuk diri sendiri dan boleh kongsi dengan kawan2 lain.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!