Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil

Anything About Me Pregnancy Pregnancy Info Pregnancy Journey Products Review Tips

Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil | setiap kali pregnant especially time dah hujung2 memang saya amalkan pengambilan minyak kelapa dara.  kalau sebelum2 ni saya guna bioselusuh dari biodex. tapi kali ni berubah angin pula ke CATALYST Virgin Coconut Oil (VCO).

20141231_000513

CATALYST Virgin Coconut Oil (VCO), sejenis supplement utk kulit yg terbaik bagi mendapatkan kulit yg sihat dan cantik selain menyihatkan tubuh badan. Ia diperbuat dari minyak klapa dara 100% organic dan gred A, serta terdiri daripada 90% lemak tepu yg baik utk kesihatan.

antara khasiat minyak kelapa dara untuk ibu hamil:

  • mengelakkan rekahan kulit (strecthmarks)
  • memudahkan proses bersalin tanpa pengoyakkan faraj
  • mengelakkan sembelit
  • mengatasi keletihan badan ketika mengandung
  • mengembalikan kecerdasan selepas pantang dan ketika berpantang
  • digunakan untuk perineum pada minggu-minggu terakhir kelahiran, ia boleh membantu mengurangkan koyakan dan keperluan untuk episiotomi semasa kelahiran.
20141231_000559

saya ambil 2 sudu sehari selepas makan dan sebelum tidur. ikhtiar untuk melancarkan proses bersalin nanti. harap2 mujarablah kan. so far memang menguangkan masalah sembelit hujung2 ni.

20141231_000654

saya tuangkan sikit kat tapak tangan dan sapukan VCO pada perut untuk mengelakkan stretchmarks dan kulit gatal maklumlah perut dah semakin membesar. kadang2 tu rasa gatal seluruh badan hehe.

ok selit sikit ilmu penting untuk dipraktikkan.

Apa itu Perineum ?

Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur

Urutan Perineum

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

perineal-massage

credit pic: mengandung.com

Teknik urutan perineum:

1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali. Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.

Related Posts

7 thoughts on “Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil

  1. Menjual vco coldpress. Rasa kelapa segar.
    Lawati blog saya minyaknyok.blogspot.com
    017-436 3649

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!