Menjamah Katanya :p

Anything About Me Makan² Ummi Ilham at Work

ye jamah jek.

sikit jek. seketul jek tu kan. ekeke.

dari minggu lepas, nampak ada ubi rebus jual kat cafe. tapi, mak yong menahan rasa jek. buat2 tak nampak padahal tekak menjerit2 tengok. dah terasa ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis lalu kat tekak.

pagi ni, capt. haji bawa pulak breakfast ubi rebus. ya Allah, Law of Attraction nampaknya. hehe. rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk. eceeehhh.

 

20141222_111602

 

haaaa. mana boleh tahankan. sudahnya ambil seketul buat jamah. orang jamah secubit ke apa kan. tapi ummi ilham over, jamah seketul. alhamdulillah, lega dah dapat rasa. thanks capt. haji especially kak su, wife dia yang rajin bekalkan makanan kat kami2 ni kat office.

kenapa saya takut nak makan ubi rebus?

sebabnya, dulu masa pregnantkan abang ilham, teringin sangat nak makan. bila mommy ngah belikan saya pun melantaklah dengan jayanya. sudahnya malam tak boleh tidur. perut jadi sebu masuk angin. pusing kiri salah, pusing kanan salah. tu yang rasa serik yang amat tu. cekonon jek lah kan.

tadi sebelum makan, memang tawakkal jek lah. mudah2an tak ada yang memudaratkan. kalau malam ni perut sebu sila tanggung sendiri ye ummi. hehehe.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!