16 Days Photo Challenge | Day 4 – Water

Blogging Challenge Blogging Life Info Sharing Photo Challenge

16 Days Photo Challenge | Day 4 – Water

untuk cabaran hari ni, babah ilham kena dera pepagi dengan ummi.

bukan dera apa pun dera untuk tolong shootkan gambar air.

ngeh3.

inilah hasilnya.

 

water

 

babah kata gambar ni tak menjadi. tapi mata ummi yang kurang seni ni kata dah ok dah ni bah.

hehehehe. nampak sangat tak berseni kan. asal boleh jek.

 

apa yang nak ditekankan di sini ialah “kepentingan pengambilan air untuk kesihatan”

 

adakah pengambilan air anda cukup 8 gelas sehari? haaaaa sila tanya diri sendiri. bagi saya, saya akan pastikan saya minum air masak sekurang2nya 3 liter sehari. dulu saya memang anti air masak. tapi lama kelamaan kesedaran tu timbul. untuk memastikan kesihatan saya terjamin, saya memaksa diri saya untuk konsisten dengan pengambilan air masak. alhamdulillah ilham tak ada masalah nak minum air masak. malahan tak boleh berpisah dengan air masak. ke mana saja pasti saya bekalkan dengan air masak atau “air ahak” dalam bahasa pelatnya Smile with tongue out

 

tahukah anda?

bagi setiap 25kg berat kita, kita memerlukan sekurang2nya 1 liter air.

25kg = 1 liter air

jadi anda boleh kira sendiri berapa keperluan air untuk badan anda kerana keperluan air dalam badan kita berbeza.

jom zoom in kepentingan air.

 

Kepentingan Air Untuk Tubuh Badan

 

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

nak turunkan berat badan? jom minum air banyak2 kerana ianya boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

pesanan untuk saya juga, jom tukar air manis kepada air masak!

 

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

air mengurangkan dehirdrasi apabila mengalami keletihan. jadi bila keletihan dapat air segera terutamanya bila kita aktif bersukan. air yang cukup membantu tugas2 jantung untuk mengepam darah keseluruh badan.

 

3. Air mampu mengurangkan stres.

70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. apabila kita mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan otak kita juga akan stres. bagi memastikan kita kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap. bagi saya sebotol air masak konfem ada atas meja kerja dan di meja sebelah katil di bilik.

 

4. Mencantikkan kulit anda.

kalau kita perasan kaum Cina memang tak terlepas dari mengamalkan bekalan air masak kemana saja mereka berada dan sesetengah mereka mempunyai kulit yang cantik putih bersih.

air membantu membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

 

5. Air melancarkan proses penghadaman.

air juga penting untuk penghadaman. air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman. bagi diri saya apabila saya kurang minum air masak, saya perhatikan yang saya akan mengalami masalah buang air besar. jadi dari situ saya menambah kuantiti pengambilan air harian.

itu antara “kepentingan pengambilan air untuk kesihatan” yang dapat saya selitkan dalam photo challenge hari ini.

jom share gambar “water” anda.

tinggalkan link nanti saya terjah Winking smile

yang nak share di instagram atau facebook boleh tag saya..

FB – Hernee Nazir

Instagram – herneenazir

hashtag – #16daysphotochallenge #ummiilhamphotochallenge

Red heart

Red heartJOM JOIN “16 DAYS PHOTO CHALLENGERed heartRed heart

Day 1 – Handwriting

Day 2 – Something Blue

Day 3 – Breakfast

Related Posts

2 thoughts on “16 Days Photo Challenge | Day 4 – Water

  1. Wow! Ohsemnya gambar. Kalau saya dapat ambil gambar ni, dua bulan saya buat wallpaper pc. Eheheh!

    Err.. tugasan ni saya tak sempat nak upload, semalam seharian ber”farmville” kat tepi rumah, rumput dah meninggi.

    Hari ni saya kena hantar dua tugasan sekali. Adus!

    1. hehehe..ni keje en.somi..tapi die kate gambar ni xcukup sifat.. air atas tu ade gagar sket.. hehehe

      xpe..hantar 2 sekaligus.. hamboii berfarmville eh..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!