bila tengok ramai sangat duk post kat fb diorang punya “overnight oat” saya pun terliur.. makan dengan semangat kerajinan yang dipaksa2 saya buat mencari bahan untuk buat dan merasa.. ye la.. kalau dah teringin kena la usaha sendiri nak buat.. takkan nak buat muka tak malu suruh orang buatkan ye dok?
ni bahan2 yang saya guna pakai.. ikut suka masing2..
bahan2:
-
rolled oats
-
whole chia seed (beli kat cosway)
-
natural yogurt farm best
-
fresh milk goodday
-
raisins sunmaid
-
strawberry
*bahan2 lain saya cari kat mydin jek..
balang kaca kat rumah lama.. tak bawa ke rumah kelasi 7, jadi pakai jek lah mangkuk free dari kfc..
cara2:
(cara saya la..sila ikut nombir pada gambar.. kuantiti terpulang nak banyak mana..hehehe~)
-
mula2 masukkan natural yogurt
-
masukkan 2 sudu rolled oat
-
masukkan sesudu chia seed
-
masukkan kismis
-
masukkan semula natural yogurt
-
lepas tu masukkan fresh milk
-
masukkan rolled oat balik..
-
sekali lagi masukkan chia seed..
masukkan berlapik2 lah konon.. hehehe.. lepas tu saya gaulkan bagi sebati bergabung meletops semua bahan2 tu.. yang nak layer2kan tu sesaja jek hehehe..
9. masukkan hirisan strawberry yang sedao itu..
taraaaaaaaaaaaa..
inilah hasilnya..
dapat 2 mangkuk kfc dan segelas gelas berkaki tu..
ready untuk ditidurkan semalaman..hehehe.. abaikan jek la gelas yang bertutupkan tisu tu yek.. tak ada penutup available.. pakai tidu pun bolehhhhhhh..
biarkan semalaman.. esok pagi kita bedal..
bangun pagi.. tengok hasil yang sangat menyelerakan..
sayang pulak nak makan hahaha..
buat juga tuna sandwich untuk breakfast babah..
ni yang dalam glass tu.. bedal yang ni dulu..hehehe
pada tekak saya sangat yummmeehhh.. bagi babah ilham try..
ini feedback juri tetap saya,
kalau tak ada stoberi dengan kismis rasa dia biasa je
ini healthy foods ye babah.. cukup masam, manis, lemak dari bahan2 yang sedia ada..
apa kata tekak si pembuat?
saya suka.. saya suka.. memang rasa bahan2 ni semua melengkapi antara satu sama lain.. kismis rasa manis, yogurt dan strawberry masam, lemak2 dari susu.. haaaa kan cukup rasa tu.. sihat selamat..boleh bawak bekal pergi opis ni.. hehehe~
antara khasiat yang terdapat dalam “Overnight Oats”
oats – kekerapan pengambilan bijirin penuh mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser
kismis – menguatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, mencerahkan mata, membersihkan hati
susu segar – mengelakkan osteoporosis, hipertension, kanser kolon, anti-asid yang sangat baik, kekuatan pada tulang, gigi, kuku, rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
yogurt – memperkuatkan tulang, mengandungi bakteria baik, mudah dicerna, menurunkan tekanan darah, baik untuk kulit, kaya dengan vitamin
chia seed – kaya dengan omega-3, karbohidrat, protein, serat, kalsium, antioksidan dan mineral yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan penuaan pramatang. Malah ada yang mengatakan biji chia mempunyai bahan yang mampu melawan kanser.
strawberry – memberikan 94 miligram vitamin C, memutihkan gigi, mencegah kanser, menghaluskan kulit, mencegah terjadinya radang dan alergi, mengurangkan tekanan darah tinggi
sesiapa yang tak pernah mencuba dan jakun macam saya boleh la cuba.. bukan susah pun campak2 jek bahan2 tu.. makanan sihat uolls.. ikutlah kreativiti dan citarasa masing2 nak bubuh apa dalam jar tu.. saya tak ada madu kat rumah cuma ada madu campuran jadi tak bubuh madu.. kalau ada kekacang pun boleh jek sumbat.. konfem sedap dan menyihatkan..
selamat mencuba!