Diet Seimbang Ketika Hamil

Pregnancy Info Pregnancy Journey

untuk rujukan ummi ilham.. so far bila kira2 kandungan saya yang menjejak ke 24 minggu ni, peningkatan berat badan yang sedang2 elok adalah 10kg.. macam poyo jek kan.. nak sedapkan hati sendiri.. tapi harap2 sangat la tak la naik mencanakkan.. takut nanti kena minum sirap bandung 3 layer lagi.. Martini glass

ok ibu2 hamil kat luar sana jom baca info kat bawah ni Smile

++++++++++++++++++++++

Credit to: PA&MA

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 30 Mei 2013

 

 

Berasa lapar ketika hamil adalah perkara biasa di kalangan bakal ibu. Namun jangan jadikan alasan untuk makan apa sahaja tanpa kawalan.

Usah menggunakan alasan makan untuk ‘dua orang’ kerana nanti anda yang sukar kembali ke berat badan asal. Bakal ibu boleh makan lebih kerap tetapi mestilah pada kuantiti yang sedikit dan pastikan mendapat khasiat yang diperlukan.

Anda perlu memahami dengan betul tentang jumlah peningkatan badan yang sepatutnya berlaku sepanjang kehamilan. Jangan sampai terlebih berat badan daripada yang sepatutnya tetapi jangan juga anda tidak bertambah berat badan yang sewajarnya kerana masing-masing ada risiko tersendiri.

Doktor menyarankan ibu hamil mengalami kenaikan berat badan dalam lingkungan 10 hingga 12 kg sehingga tarikh jangkaan kelahiran.

Jumlah ini termasuk 3 hingga 4 kg berat badan bayi dan selebihnya adalah berat air ketuban, uri dan agen lain yang melindungi bayi dalam kandungan.

Peningkatan berat badan ibu hamil normal

5 minggu                                   2 kg

10 minggu                                 4 kg

15 minggu                                 6 kg

20 minggu                                 8 kg

25 minggu                               10 kg

30 minggu                               12 kg

35 minggu                               14 kg

 

Ketahui apa yang boleh dimakan dan patut dielakkan sepanjang bergelar bakal ibu demi memastikan kesihatan diri sendiri dan bayi yang dikandung sentiasa terpelihara.

Apa yang patut saya makan?

Ketika hamil dan hendak melahirkan, anda memerlukan lebih banyak tenaga berbanding hari-hari biasa. Oleh yang demikian, anda perlu mengambil makanan seimbang dan secukupnya supaya mendapat tenaga yang lebih tinggi. Lakukan empat langkah berikut:

*Tingkatkan pengambilan kalori antara 200 ke 300 kalori sehari.

*Amalkan makan sedikit tetapi kerap sekurang-kurangnya lima hingga enam kali sehari. Cara ini lebih baik jika anda mengambil makanan terlalu banyak walaupun hanya dua atau tiga kali sehari.

*Banyakkan makan makanan sumber protein dan karbohidrat. Protein sangat penting bagi pertumbuhan bayi dalam kandungan dan karbohidrat penting untuk member anda tenaga sepanjang hari.

*Makan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral khususnya sumber zat besi. Zat besi diperlukan untuk kekuatan organ dalaman.

Apa yang patut saya elakkan?

**yang patut dielak ni la yang paling sedap tekak mak buyong nak makan kan? betul tak?  Smile with tongue out

Ibu hamil tidak digalakkan mengambil kumpulan makanan yang disenaraikan seperti berikut:

*Mengambil banyak manisan termasuk gula pasir, gula perang dan golden syrup.

*Gula-gula dan coklat.

*Minuman berkarbonat seperti cola dan jus buah-buahan.

*Biskut, kek, pastry, donut, pai, jam dan apa juga makanan komersil. Ini kerana makanan yang dijual itu kebanyakannya menggunakan banyak kandungan gula.

*Buah-buahan dalam tin.

*Artificial cream.

*Bijirin sarapan pagi yang disalut dengan gula.

*Ais krim yang disalut dengan manisan seperti sirap strawberi atau coklat.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!