Mari Memasak Bersama “Pemanggang Ajaib”

Hoyeaaahhhh..

Beli “Pemanggang Ajaib” ni last month..

Beli dengan Kak Sara Rusly..

Sebelum beli bagitau dengan En. Nazir dulu..

“Bang.. nak beli pemanggang ajaib boleh?”

“Macamana pemanggangnya?”

“Ala macam kuali serbaguna gitu..boleh masak macam2″

“Oooo.. kalau tak letak garam..ajinomoto.. pun rasa dia sedap eh? kata AJAIB”

Meeeeeeeeee.. “Grrrrrrrrrrrrrrrrrr”

“Kalau tak bubuh perasa mana nak ada rasa cik abang oiiii “

;)

Inilah “Pemanggang Ajaib” jenama IKAN itu ;)

Baru guna 4 kali jek pun.. hehehe

First time..

Men’stim’ ikan siakap ;)

{asal boleh je kan.. tapi so far ok la}

Second time..

Membakar instant pizza..

Gambar tak de sebab tak dannnnnnn nak snap :)

Third time..

Memanggang encik kambing yang saya perap semalaman..

Yum2.. cepat je masak..

Ada tiga ketul.. seketul lagi En. Nazir dah ngappp..

Rupa atas pinggan tak sempat snap ;)

 Fourth time..

Memanggang ayam yang saya perap dua malaman ;)

Ohhh so yummy ;)

Inilah santapan saya untuk berbuka semalam..

plussssss.. nasi goreng cina buatan cafe Adarassa..

tak sempat nak masak nasi..ngeh2..

Ok so far so good.. best jek pakai “Pemanggang Ajaib” ni..

Tunggu je la next menu saya masak guna menda ni..

Ok babai! :)

Notes:

Cara saya marinate ayam & embeeeeeeekkkk

{COPY PASTE KAT ENTRY BBQ :)}

+ENCIK KAMBING+

Cuci kepingan daging embeeeeekkk sehingga bersih. Masukkan ke dalam mangkuk besar, gaulkan bersama bawang putih dan bawang besar yang diblender,  masukkan origano leaves dan rosemary leaves serta Knorr BBQ Sauce macam gambar dibawah dan garam dan madu secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

+PUAN AYAM+

Cuci ayam sehingga bersih. Masukkan ke dalam mangkuk besar, gaulkan bersama halia, bawang putih dan bawang besar yang diblender,  masukkan origano leaves dan rosemary leaves, Knorr BBQ Sauce,  oyster sauce, garam dan madu secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk semalaman. (ohh abaikan ayat yang lebih kurang sama :))

Share this nice post:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

4 comments

Leave a Reply