Cloth Diapers Project, My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Menambah Koleksi CD

Yeeeehaaaaa..

Saya sedang gila CD..

Tangan gatal je nak membeli..

Maklumlah koleksi CD Ilham baru ada 5 pcs jek..

Puan CT tag kat FB dia ada promote CD Babyland 5pcs insert fleece..

RM100 free postage.. Fikir punya fikir.. tapi tak buat keputusan..

Dah beberapa hari kemudian rasa nak membeli..

Semalam pilih design dan bagitau Puan CT..

Berdezupppp courier hantar kat opis..

Tadaaaaaaaaa..

Ilham’s new CDs collection..

Denim.. Fish.. Rabbit.. Blue ABC.. Blue Swirl..

Kata Puan CT.. fleece materialnya cepat kering..

tapi penjagaannya sama macam microfiber..

Ok..ummi Ilham ni pun tiap2 hari study pasal CD..

makin hari makin syok rasanya..

ohhh.. walaupun tengah excited study pasal CD..

dia tetap tak lupa study pasal breastfeeding..

dan yang penting ilmu yang ada ni harus dikongsi dengan kawan2..

Ok.. saya jumpa ini

“KENAPA IBU-IBU PATUT GUNAKAN CLOTH DIAPER”

credit to: ratuhati.com

Kenapa????

Sebabnya:

1) Lebih jimat

Kos lampin pakai buang

3 tahun = RM3500

Kos cloth diaper

3 tahun = RM1000-2000

(boleh pakai semula untuk anak seterusnya)

2) Lebih sihat

Tiada bahan kimia bertoksik

Tiada masalah ruam lampin

Bagus untuk kulit sensitif bayi

3) Gaya Baru

Rekaan baru

Lebih menarik

Mudah diguna

Lebih bergaya

banyak dijual online

4) Mesra Alam

Tahukah anda lampin pakai buang antara sisa buangan terbanyak di dunia

WARISKAN BUMI YANG LEBIH HIJAU UNTUK ANAK ANDA!

******************

Mudah2an saya dapat mewarisi bumi yang lebih hijau untuk Ilham Syahmi.. sikit2 usaha nak bertukar sepenuhnya kepada CD.. insya’Allah semoga dipermudahkan 🙂

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *