My Hero Kechik - Ilham Syahmi

My First Step Untuk Ilham BerCD ;-)

Hoyeaahhh.. Pertama kali membeli cloth diapers bila tiba2 semangat membara nak introduce CD to Ilham. Orang lain dah advance dah..saya baru terkedek2. Tak apalah kan janji saya mencuba 😉

Sejak pregnant memang antara benda yang saya study selain dari breastfeeding adalah CD. Kalau ada masa je menjengah Group MCDP nak baca cerita ibu2 berCD. Tapi masa tu tak terbeli satu pun CD dan tak pernah post apa2 kat situ. Sejak Ilham lahir memang ada niat nak berCD dan saya bagitahu En. Nazir. Bagi dia tak ada masalah asalkan boleh menjimatkan belanja dan yang penting ummi Ilham ni kena meningkatkan lagi tahap kerajinan nak menguruskan CD2 tu nanti. Jangan sampai hangat2 tahi ayam.

Semalam kebetulan Puan Siti Noriza ada promote CD dengan harga murah jadi saya pun terus teruja nak membeli dan mencuba. Alhamdulillah suami dan kawan2 bagi semangat membuatkan saya tak sabar nak try.

Hari ni saya dengan sabar menunggu parcel sampai. Yeay! Encik Dispatch call barang yang ditunggu2 dah sampai.

Taraaaaaaaaaa.. 😉

image

4 pcs CD Sunny Baby with insert.. 1 pcs CD QQ Baby with insert and 6 pcs microfiber insert.. Dan yang penting beserta nota free. Buat pertama kali saya beli yang murah2 dulu la ya. Nanti boleh tambah stok lagi try brand lain pulak. Malam ni dengan semangat waja saya nak buat pre wash. Puan CT pesan untuk permulaan basuh..keringkan sampai 3 kali. Ok baiklah.

Mudah2an usaha saya nak bantu menjimatkan akaun En. Nazir dipermudahkan. Dapatlah saya membantu menyelamatkan bumi kita yang dah tua ni juga. Apa yang paling penting harap2 Ilham serasi dan faham niat suci murni ummi ni 😉 Kawan2 yang expert minta tunjuk ajar ye. Nanti Ilham dah mula berCD saya snap kat sini 😉

Ok..nak basuh CD dan insert baru Ilham dan nak sambung study pasal CD sampai masuk dalam mimpi 🙂

Selamat merajinkan diri wahai Ummi Ilham!! 😉

Posted from WordPress for Android

Share this nice post:
Tagged

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

2 thoughts on “My First Step Untuk Ilham BerCD ;-)

  1. Wahhhh.. masa bujang sy pun sgt teruja tgk kwn sy buat collection CD ni..almaklum,time tu mnelah phm..heheh..colourful kan..ske sy tgk!!!
    Chaiyok Ummi..sy doakan yg terbagus!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *