Makan2 @ Tropika Steamboat & BBQ, Setia Tropika

Geng Makan Makan²

##Ohhhh.. kasihan blog saya yang terabai ni.. maapkan puan blog ye wahai blog kesayangan.. bizi sangatlah konon sampai nak bukak blog pun tak sempat.. lagi pulak disk space dah exceed limit tu yang nak bukak dashboard pun tak boleh. Sekarang saya dah upgrade disk space harap2 lepas ni ada la rasa rajin tu ;).. Ok nak cerita pasal cerita yang lama terperap.. saya cuba sedaya upaya update cerita2 yang terpending tu##

Ok ready???

On your mark.. get set.. GO!!!

Cerita Makan2 @ Tropika Steamboat & BBQ, Setia Tropika

Ini kali kedua.. saya ikut En. Nazir dan kawan2 sekerja dia layan steamboat kat sini. Sebelum ni ada gambarnya, tapi faham2 je la mood blogging puan blog yang macam air kat laut ada pasang surut, jadi cerita dan gambar terkubur macam tu saja. Kali ni haaaaaaaaa.. saya snap dan share cerita aktiviti meng”obes”kan diri ni 😉

Lepas En. Nazir balik kerja Sabtu bulan lepas ngam2 hari keluar gaji 😉 kami terus je berkumpul ramai2 dan terjah Tropika Steamboat & BBQ, Setia Tropika ni. Sampai2 terus set up segala bagai dapur semua. Saya handle hero kechik sementara En. Nazir pergi pilih bahan2 nak di steamboatkan.

Dapur kami.. share dengan satu family lagi..

Yang hadir..

Chef Nazir in action! 🙂

Nahhh.. ini yang sempat di snap.. yang brokolli, crab stick segala bagai dah selamat di stimkan.. 🙂

Banyak lagi bahan2 yang boleh dipilih. Masuk je kat dalam tu, juling mata nak pilih.

Antara bahan2 mentah yang ada..

Bila dah siap masak and grill, macam biasa la En. Nazir makan dulu.. saya melayan si kechik sambil2 hirup kuah steamboat yang sedap tu. Tekak saya memang serasi la dengan steamboat kat sini. Total charges untuk seorang RM19 makan sampai kenyang.. sampai nak muntah.. sampai perut meletup.. risiko tanggung sendiri.. siapa suruh jadi pelahap hehehe..

Kami ambil apa yang kami suka je, yang konfem boleh habis.. nanti kalau tak habis kena bayar pulak..hayoooooooo.. 🙂

Haaaa.. baca tu!

Setiap LEBIHAN makanan yang TERTINGGAL di meja anda akan diCAJ RM5.00/100 gram

Amekawwwwwwwww.. jangan nak ngengada makan tak habis ye. Makan tu biar habis, supaya tak membazir duit RM5 terbang melayang, tu kalau 100 gram kalau lebih maknanya berhengget2 la melayang. Membazir tu amalan syaitoooooon, kalau tak nak jadi kawan syaiton makan la sampai habis. Sekian tazkirah hari Rabu 😉

Siap2 makan, lepak2 bual2 sekejap kami pun beransurlah balik. Ilham pun dah tak sabar nak ngempeng nampaknya. Harap2 next time boleh join lagi program JJCM geng2 makan En. Nazir ni. Sesiapa peminat tegar STEAMBOAT, bolehlah try makan kat sini, dijamin sedap.. especially kuah tomyam dia tu memang sedapppppppppppppp.. sehingga menjilat jari kaki ehhh??!! 😉

Oklah, nak tidur.. ni pun curi2 masa settlekan entry tertunggak sementara si hero kechik ni tidur. Malam ni babah tak ada, Ilham jangan nakal2 haaa. Babah jadi nelayan laut dalam pulak dah 😉

**GAMBAR ADALAH BLUR SEBAB SNAP SAMBIL KELEK ANAK..HARAP MAKLUM** 😉

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!