Ilham 8 Months.. Oredi ;-)

My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Alhamdulillah hero kechik ummi dah 8 bulan hari ni. Sibuk dengan persiapan perkahwinan Mama Cu Ilham sampai ummi lupa nak update blog untuk ceritakan perkembangan Ilham.

Alhamdulillah sekali lagi kerana Ilham masih lagi dikurniakan rezeki susu ibu. Mudah2an rezeki ini berpanjangan hingga Ilham genap 2 tahun.

Perkembangan pada usia 8 bulan, Ilham masih belum pandai duduk sendiri, dah menyelar ke depan macam askar dah ummi tengok. Makin besar makin tak boleh berjauh dengan ummi. Pantang nampak bayang ummi mulalah tak nak dengan orang lain. Mulut makin kuat membebel baba.. mama..jerit2 buat ummi dan babah geli hati tengok gelagat dia.

Ermmm.. ok stop dulu nanti sambung perkembangan bayi 8 bulan..sekarang hero kechik ni nak ngempeng.. 😉

Posted from WordPress for Android

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!