Dinner @ Restoran Johan

Foods Review Makan²

Minggu lepas punya story mory.. anak tak sihat makanya mak jadi tak ada mood nak update blog 😉 Plan sebenarnya nak makan kat Hutan Bandar Bistro lepas kami duk meronda di hari minggu. Sekali dek kerana jalan jem sebab ada apa entah perayaan orang Cina ni.. nak sebut takut salah hahaha.

Jadinya fikir punya fikir.. ehhh dah lama kita tak makan kat Johan kan. Apa kata kita ke Johan 🙂 Bila dah sampai.. kami bertiga Anna, sebulat suara memilih menu2 di bawah.

Samseng jalanan betulkan nama ikan siakap ni.. hahaha. Sebelum ni try sweet sour or 3 rasa je tak pernah pulak perasan ada menu Siakap Samseng ni. Saja je la nak try.. Hmmm.. not bad.. ada letak kismis la apa la.. rasa ada iras2 3 rasa juga.

Next menu..

Kailan Ikan Masin.. ye kami memang peminat sayur ini. Rasa sedap je, sama macam kedai2 yang lain.. dan yang saya masak.. eh!? 😉

Next menu..

Tomyam Seafood.. ceduk punya ceduk.. terjumpa crab stick.. ohhh dahsyat sungguh.. tak ada stok ketam crab stick pun jadilah hahaha. Apa pun rasa tomyam ni sedap.. masam2nya tu.. alamak meleleh air liur rasa 🙂

Selalunya kalau ke sini saya suka order kerang bakar.. hari ni nasib malang kerang tak ada pulak. Agaknya kerang pergi holiday hahaha. Ada satu menu menarik minat dan mata rabun saya ni.. nama dia “Kupang Dara Pecah Lada” hambikkkk ko.. kan lagi nama ko ek kupang. Rasa macam nak tanya je sejarah nama menu ni hahaha. Gila kepoh!

Ok lah.. penat nak berceloteh.. ni pun curi2 masa nak menaip sebab hero kechik tu sejak demam makin tak nak berlepas dengan ummi dia. Rasa nak buang air pun susah dah sekarang ni. Pantang nampak bayang ummi dia.. mula la merengek nak berdukung. Semalam demam dah kebah tetiba muka pulak naik ruam merah2.. petang BS call kata dah naik kat badan.. malam kami bawak ke klinik doktor kata kemungkinan nak kena demam campak. Alahai kesian anak ummi.. batuk selsema belum ok dah kena campak pulak. Sabar ye sayang.. ummi tahu Ilham kuat.. semoga Ilham cepat sembuh (ehhh.. tetiba terselit update pasal Ilham pulak ;))

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!