Hero Kechik Ummi Demam Nak Tambah Gigi Lagi..

image

Kesian hero kechik ummi ni, sejak beralih bulan hari tu asyik tak sihat je. Mula2 batuk dan selsema je.. tapi semalam demam datang menyerang. Semalam bawak pergi klinik sebab suhu dah mencecah 40°c. Doktor kata tonsil bengkak patutlah tak selera makan. Kesian anak ummi. Doktor check2 tengok gusi atas.. kata doktor patutlah demam gigi atas dah nak keluar..nampak macam nak keluar 2 batang sekali.

Tengok muka layu dia rasa macam nak biar je sakit tu transfer kat ummi. Kali ni demam yang beserta pakej batuk dan selsema tu yang dia lemah je. Dah tak nak berpisah langsung dengan ummi. Doktor pesan suruh standby malam2 biasanya suhu badan akan naik. Biarkan je dia pakai baju berlubang2, biarkan berkipas dan kerapkan lap badan dengan air. Ya Allah.. Mudah2an anak ummi cepat sembuh ye sayang..berkat susu ibu harap2 demam Ilham cepat kebah :-)

Posted from WordPress for Android

Share this nice post:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 comments

Leave a Reply