“Tanam Tembuni Toho”.. Tiada Kaitan Dengan Gigi Cepat Tumbuh Ye Makcik ;)

Info Sharing My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Apa itu “toho”?

Kalau ikutkan bahasa yang selalu diguna.. toho ni maksudnya cetek atau kurang dalam. Rasanya tak semua orang guna perkataan ni, saya google perkataan ni asalnya dari Terengganu. Tapi family saya biasa je guna maybe orang Johor pun dah biasa dengan perkataan ni. Ok, back to the topic la kan.

Semalam punya cerita, saya dan Encik Nazir bersama si hero kechik singgah lunch di KFC, Gelang Patah lepas balik dari Desaru. Sedang asyik menjamu selera, datang sekeluarga yang saya kenal. Macam biasa la kan tegur2.. bual2.. sekali kakak ni tanyalah dah berapa bulan umur Ilham. Saya pun bagitaulah Ilham dah 6 bulan dan nak masuk 7 bulan. Sekali hero kechik yang peramah tamah ni senyum la sampai ternampak gigi. Kakak tu tegur..

“Aeh.. dah tumbuh gigi aeh?”

“A’ah dah tumbuh dah gigi dua batang..”

Terus je makcik, mak kepada kakak tu menyampuk..

“Tanam tembuni tohooooooo.. sebab tu gigi cepat tumbuh”

Gulppp.. Saya senyum je tak mampu nak menyambung perbualan dengan makcik tu dan terus pandang Encik Nazir yang tengah senyum kambing 🙂

Lepas je makcik tu balik, saya teruslah berbual dengan Encik Nazir. Hmmmm.. macam2 kan orang2 tua ni. Semua benda diorang kaitkan. Nasib baiklah dia tak tanya saya, masa tanam tembuni/ uri tu ada letak paku, pensel dan kalkulator ke tak. Mau gelak satu KFC nanti. Bukan nak melawan cakap orang2 tua.. tapi inilah salah satu perkara2 mengarut yang tak boleh kita ikutkan. Nehi.. nehi 😉 Ada ke kaitannya tanam tembuni dengan pertumbuhan gigi bayi. Memang saya masih cetek ilmu keibubapaan tapi fikir logik akal memang tak ada kaitan langsung. Bukan saya berlagak pandai, tapi mana yang tak elok untuk kita ikut lebih baik jangan diikut, bab2 berkaitan agama dan kepercayaan ni sensitif.. rosak akidah nanti. Na’uzubillah.

Ya, memang gigi Ilham dah tumbuh dua batang.. mungkin sebab dari awal mengandung saya memang tak lepas makan pil kalsium dan sekarang saya menyusukan Ilham dan masih meneruskan pengambilan kalsium untuk bekalan tubuh badan saya dan juga Ilham. Tak mustahillah gigi dia cepat tumbuh betul tak? Betulkan saya kalau saya salah 🙂

Apa2 je la kan makcik, saya tak kisah makcik nak kata apa.. “SAYA MEMANG MAK BUKU” saya membesarkan anak saya baru je 6 bulan lebih.. long way to go. Banyak lagi benda yang saya kena belajar.. hari2 pun saya belajar. Ada juga makcik2 (bukan makcik2 saya) yang bertanya apa yang saya beri Ilham makan, bila saya atau Encik Nazir bagitau kami bagi makan puree, diorang duk pelik..agaknya diorang terbayang tomato puree kot.. mesti diorang ingat kami zalimkan bagi makan tomato puree yang untuk masak tu kat anak sekecil itu hahaha. Kami pun terangkanlah puree buah dan sayur yang kami cuba bagi untuk permulaan pengenalan makanan pejal Ilham untuk tengok dah bersedia ke dia nak terima makanan dan sesuai ke tak makanan tu untuk dia. Pelik ke bagi makan puree pisang? Tak kan? Ada juga yang suggestkan bagi makan nestum.. tapi macam yang saya tegaskan dan janjikan pada Encik Nazir dan hero kechik saya, selagi kudrat saya mampu untuk sediakan homemade food untuk Ilham saya akan cuba walau apa jua rintangannya. Hoyeahhhhhhhh.. 🙂 Jangan pertikaikan. Oooopssss dari cerita tembuni dah melalut ke cerita puree pulak. Tak apalah saja saya nak share dengan kawan2 pengalaman baru saya bila berdepan dengan soalan2 cepu emas macam ni.

Ok, nak share info pasal cara menanam tembuni/ uri mengikut Islam yang saya dapat dari Kosmo Online.

CREDIT INFO: KOSMO ONLINE

Cara tanam uri mengikut Islam

SAYA ingin mengetahui bagaimana cara-cara untuk menguruskan uri bayi yang baru lahir?

JAWAPAN: Cara yang digalakkan dalam Islam dalam pengurusan uri bayi dengan membasuh menggunakan air dan menanamnya di dalam tanah sekadar tidak dapat digali oleh binatang buas.

Ia hanya perlu ditanam seperti biasa dan bukan mengkafankannya seperti jenazah. Ia bertujuan mengelakkan daripada ia menjadi hina serta membahayakan manusia. Secara tidak langsung ia akan menjadi bangkai dan terdedah kepada pencemaran bau busuk.

Umat Islam diingatkan agar tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak ketika menguruskan uri bayi seperti menaburkan paku ketika menanam uri, menanam bersama dengan duit syiling kerana ia berkaitan perkara khurafat seterusnya boleh membawa kepada perkara syirik.

Orang yang mati dalam keadaan syirik, dosa-dosanya tidak akan diampunkan. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (Surah An-Nisa’: 48)

Inilah dia budak kechik yang dikatakan “Tanam Tembuni Toho” 🙂

5 bulan.. sebatang gigi menyusul..

6 bulan muncul lagi sebatang.. tunggu 7 bulan kalau ada lagi menyusul.. Ummi dia kena berhati2 🙂

Ingat ye kawan2.. jangan diamalkan tanam tembuni/ uri dengan pensel ke.. kalkulator ke.. paku ke.. jarum ke.. mahupun laptop sekalipun.. dengan harapan anak kita akan jadi bijak pandai suatu hari nanti. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang tak terpengaruh dengan unsur2 macam ni. Anak2 ibarat kain putih, kitalah yang bertanggungjawab mencorakkan samaada menjadi insan yang baik atau tidak. Kalau kita letak segala macam gadget2 canggih manggih tapi anak kita tak dididik dengan betul dan tak digalakkan belajar rajin2 pun maka tak akan pandai juga. Peringatan untuk diri saya sendiri dan Encik Nazir juga. Mudah2an kita sama2 dapat membinbing anak2 kita menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat.. Amin 🙂

~Dari hati seorang “ummi” baru ;)~

Related Posts

7 thoughts on ““Tanam Tembuni Toho”.. Tiada Kaitan Dengan Gigi Cepat Tumbuh Ye Makcik ;)

  1. Ada eh mcm tu.x pnh dgr plak.yg penah lau cpt tumbuh gigi nnt lmbt ckp.org2 dulu kreatif.he

  2. kalau mcm tu, aku pun tanam uri fakhri toho la, sbb dia mmg cpt tumbuh gg, blm 2 thn gg da penuh hahhahahhah, mengarut ke barat laut je makcik2 ko jumpa tu

  3. dah nampak dah macam muka siapa….. dah nampak dah macam muka siapa….. dah nampak dah macam muka siapa….. ulang lagi skali.. dah nampak dah macam muka siapa….. hahahaa

    1. Mcm muke sape pak? Mcm muke sape pak?
      Mcm muke sape pak? Mcm muke sape pak?
      Mcm muke sape pak? Mcm muke sape pak?
      Hahahahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!