Buku “100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu”

My Breastfeeding Journey

 

Alhamdulillah dah selamat sampai ke tangan saya buku yang banyak ilmu bermanfaat ni.. “100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu”. Buku ni saya beli daripada Erin Adzmi (kawan FB), Lactation Peer Counselor at Malaysia Breastfeeding Peer Counselor berharga RM20 senaskhah.

Buku ni ditulis oleh Zaharah Sulaiman dan Tengku Alina Tengku Ismail, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. So far belum berada di pasaran maybe around January 2012 baru dipasarkan.

Apa yang ada dalam buku ni?

Bab A – Pengenalan Susu Ibu

Bab B – Kandungan Susu Ibu

Bab C – Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Bab D – Persediaan Semasa Hamil

Bab E – Panduan Selepas Bersalin

Bab F – Cara Penyusuan Yang Betul

Bab G – Masalah Penyusuan Susu Ibu

Bab H – Ubat-ubatan dan Pemberian Makanan Tambahan

Bab I – Wanita Bekerja dan Penyusuan Susu ibu

Bab J – Menyusui Semula dan menyusukan Anak Angkat

Bab K – Bulan Ramadhan dan Penyusuan

Bab L – Kepercayaan dan Salah Faham

 

Masa lunch hour tadi sempat menjeling2 baca sikit2.. pada saya buku ni memang bagus untuk membantu para ibu2 yang menyusukan anak2 dan juga para bakal2 ibu yang berhajat nak menyusukan anak2. Bermacam2 persoalan mengenai penyusuan ada dalam buku ni. Semoga bermanfaat untuk semua, tak sabar nak baca selanjutnya. Kalau ada yang berminat, bolehlah email Erin {rajanureerena@yahoo.com} atau lawat blog beliau www.littlecaliphheaven.com (updated!) untuk tempahan.

Selamat membaca 😉

P/S Fokus.. fokus Tentang Dhia Last Episode 😉

Related Posts

2 thoughts on “Buku “100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!