“Cecair Bernilai Emas” Ilham Yang Punya ;p

My Breastfeeding Journey My Hero Kechik - Ilham Syahmi

[Notes: Entry ini bukan untuk menayang hasil EBM, sekadar catatan perjalanan penyusuan untuk hero kechik saya Ilham Syahmi :)]

 

Good morning 😉

Dah lama tak share hasil2 ‘cecair bernilai emas’ kepunyaan Ilham Syahmi ni 🙂

Alhamdulillah bulan berganti bulan, tak lama lagi genap 5 bulan saya exclusively breastfed Ilham. Syukur ya Allah. Mudah2an Allah makbulkan niat saya nak exclusively breastfeeding Ilham selama 6 bulan dan meneruskan perjuangan sehingga 2 tahun. Amin2.

Walaupun rezeki saya tak semeriah kawan2 lain, tapi alhamdulillah cukup untuk bekalkan Ilham setiap hari ke rumah BS. Buat masa ni bekalan masih lagi 16oz sehari dan saya selalunya berusaha mendapatkan sekurang2nya 20oz. Kadang2 cukup2 makan je, tak sempat buat stok. Stok frozen saya pun tak meriah tapi masih boleh menampung keperluan Ilham.

Ok, ni hasil tuaian hari Khamis untuk 1st pumping session.

 

2011-12-08 13.49.38

 

Alhamdulillah dapat lebih kurang 70z.

 

2011-12-09 13.56.28

 

Semalam punya hasil 1st pumping session..alhamdulillah dapat 9oz. Hasil tuaian hari Jumaat biasanya akan dijadikan stok untuk frozen EBM (Expressed Breast Milk).

 

2011-12-09 13.41.37

 

Ni lah wajah Ummi Ilham yang happy dapat tengok hasil tuaian untuk anak tersayang 🙂 Mudah2an Ilham jadi anak yang soleh. Amin.

 

2011-12-04 13.46.35

 

Ni la dia budak yang suka ummi’s yummy milk 🙂

Kata Ilham “I LOVE BREASTFEEDING!” 😉

 

“Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!