Yong Tau Fu Versi Hernee Nazir:)

Yeahhh.. projek hari Ahad Yong Tau Fu Versi Hernee Nazir :)

Resepi saya ambil masa blog walking kat blog Jintan Manis tengokkan gambar dia, mak oiii terliur. Terus bagitau En. Nazir nak buat Yong Tau Fu (ytf) ni hari Ahad. Dia pun ok je :) Maka semalam dalam waktu yang singkat sempat juga mencari bahan2 walaupun agak tak cukup bahan. Hentam sajalah asal boleh makan. Cari crab stick tak ada pulak, kebetulan En. nazir ke Gelang Patah jadi saya suruh dia beli la. Sampai rumah dia boleh pulak beli crab drumstick. Haisyoooo.. crab drumstick tu untuk digoreng sayang oiii.. ;)

K, jom tengok bahan2 untuk kuah.

 

 

Resepi copy & paste dari blog Jintan Manis

Kuah Yong Tau Fu - Sumber Resepi Asal dari Kak Minami Myresipi

Bahan-bahanya

10 tangkai cili kering
gula melaka atau gula merah (4 sudu besar gula merah)
bijan goreng
gula (kalau kurang manis – letak 2 sudu besar)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak ( minyak bijan tak sempat cari)
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto

 

Dalam kekurangan masa kat dapur, sebab Ilham asyik nak berkepit sempat juga saya siapkan kuah ni. Ohh.. sila jangan compare rupa paras kuah ytf kat Jintan Manis ya, kuah dia nampak cantik je kalernya. Kuah saya agak suram je kalernya ;)

 

 

Nota Penting- Jangan goreng lada kering terlalu lama, atau jangan biarkan hangus kehitaman lada tu, nanti kuah akan jadi pahit.

 

 

Bahan Pelengkap Yong Tau Fu:

4 batang sosej yang telah direbus

3 batang chikuwa (tak jumpa la pulak si chikuwa ni.. saya gantikkan dengan meatball feveret)

kanikama- crabstick (ni yang En. Nazir tersalah beli.. crab drumstick dibelinya ;))

kankung yang direbus

Bebola ikan

Fishcake

dan lain-lain.

Cara-caranya membuat kuah yong tau fu:

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.

2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.

3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).

6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

 

Dan hasilnyaaaaaaa.. percubaan kali pertama membuat Yong Tau Fu..

Taraaaaaaaaaaaaaaa.. :)

 

Jemput tengok semua.. :)

Yong Tau Fu Versi Hernee Nazir:)

This week punya plan nak buat desert yang tersenarai kat dalam Majalah Saji November insya’Allah. Tapi tak pilih lagi nak buat yang mana. Kalau cukup masa juga nak try buat Ayam Panggang Ala2 Kenny Rogers ;). Sepatah kata En. Nazir “Ummi ni kan Ilham cita2 tinggi.. tapi tak apa babah sokong” hehehehe. Thanks ya En. Nazir, sedap ke tak sedap ke dia tetap sudi makan masakan saya. Sayang lebeyhhhhh la macam ni :)

 

Hernee Nazir – Syok tengok MasterChef Malaysia membuatkan saya teruja nak try masakan orang lain :)

Share this nice post:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

4 comments

Leave a Reply