My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Ilham.. 4 Months Oredi ;)

Alhamdulillah.. 14 November 2011 anak ummi dah 4 bulan. Syukur ya Allah, masih setia meminjamkan anugerah yang tak ternilai ni. Hidup ummi dan babah semakin bertambah ceria dengan kehadiran Ilham. Ilhamlah penyeri hidup kami.

Sekejap je masa berlalu, rasa macam ummi masih lagi terboyot2 bawak Ilham ke hulu ke hilir. Rindu pulak saat2 memboyot tu πŸ˜‰ Ilham.. ummi doakan Ilham sihat selalu.. jadi anak yang soleh ya sayang.. Β anak yang bijak pandai.. taat perintah Allah.. anak yang akan mendoakan ummi dan babah nanti.

Ilham.. kalau ummi tenung lama2, dalam2 muka Ilham kan.. ummi nampak ada raut muka arwah nenek pada muka Ilham. Rasa terubat rindu ummi kat nenek. Huwaaaaa.. tiba2 rasa touching pulak menaip entry ni πŸ™ Memang dah tertuliskan sayang, nenek tak sempat nak jumpa cucu sulong dia ni. Ilham dah besar nanti jangan lupa doakan nenek dan tok ayah juga tau, tak lupa Tok Tipah dan Tok Mahat.

Oklah, ummi tak nak sedih2 sebab Ilham ada penghibur hati ummi. Mudah2an Allah panjangkan umur Ilham, dapat temankan ummi dan babah sampai akhir hayat kami.

Jom layan gambar2 hero ummi ni πŸ™‚

 

Ilham yang dah digomakkan oleh ummi πŸ˜‰

 

Oleh sebab Ilham kencingkan ummi masa mandi selama dua hari berturut2, ni yang ummi balas dendam sapu bedak comot2 macam tepong gomak feveret ummi kat muka Ilham.. sorry ya sayang πŸ™‚ Ilham comot koreng pun ummi tetap sayang sepenuh hati jiwa raga πŸ˜‰

 

Dah siap..yeay! πŸ™‚

 

Saya dah siap pakai baju dah..

 

Ape pon tak boleh πŸ˜‰

 

Ummi awak ni berangan lebih, macam anak tu dah besar sangat. Beriya ummi ajak Ilham teman tengok Melodi sambil pangku Ilham, rupa2nya Ilham duk sedap kena kepit sampai terlena. Hurmmmmm.. ape pon tak boleh πŸ™‚

Oklah sekali lagi.. nanti ummi update perkembangan bayi dalam usia 4 bulan dalam next entry πŸ™‚

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor β™₯ Product Review β™₯ Food Review β™₯ Media/ Events β™₯ Advertorial β™₯ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *