Projek Dadih Jagung ;)

Dari Dapur Hernee Nazir

.. instant jek pon.. tak dan nak buat sendiri 😉

Beli dah berminggu2, tapi tak ada kesempatan nak buat even instant hehehe. Jadi hari cuti ni kebetulan En. Nazir pun cuti juga, semangat nak buat dadih. Saya lagi semangat nak memasak kalau En. Nazir ada kat rumah sebab ada tukang makan sedap ke tak dia bedal jek.

Ok, saya guna Gemini Quick Cook Dadih Buah2an Perisa Jagung requested by En. Nazir. Dia berkenan benooor dadih jagung.

 

IMG_1201

 

Sebelum ni makcik saya pernah buat jenama yang sama. Kalau ikutkan kat kotak dia tak arahkan pun tambah susu sejat, tapi makcik saya kata elok kalau ditambah sebab rasanya lebih lemak berkrim disukai ramai. Saya pun standby la setin susu sejat Carnation.

 

IMG_1204

 

Cara2nya mudah saja pejam mata pun boleh buat, tapi kalau air panas tersimbah diri jangan salahkan saya 😉

 

IMG_1215

 

3 Cara Mudah:

  • Didihkan 1 liter air
  • Masukkan campuran dadih Gemini, kacau hingga 2 minit
  • Tuangkan ke dalam acuan dan bekukan di dalam peti sejuk

 

IMG_1205

Didihkan 1 liter air.. done! 🙂

 

IMG_1208

Ini rupa paras serbuk dadih instant tu..

 

IMG_1209

Bila dah mendidih saya masukkan serbuk dadih tadi..

 

IMG_1210

Next masukkan susu sejat.. susu sejat tu saya tuang terus setin sampai bertukar dah kaler dadih tu hehehe.

 

IMG_1214

 

Then masukkan ke dalam bekas acuan… oh saya tak ada mangkuk dadih yang comel2 tu. Ada 4 ketul jek kat rumah, jadinya mangkuk2 lainlah jadi mangsa. Ala bukan nak berniaga pun hentam saja la labuuuuuu. Semangkuk tu plannya nak bagi Ibu Zura, baby sitter Ilham, mangkuk biru kononnya nak bagi Makcu saya sebab petang nak ke rumah dia. Sekali plan cancel daaaa.

 

IMG_1216

Hasil dari sekotak dadih..

IMG_1217

Dah siap2 masukkan dalam bekas, masukkan dalam peti sejuk untuk dibekukan 🙂

 

IMG_1228

Hasilnyaaaaaaaaaa.. sedap lemak berkrim 🙂

Nak tahu tak, masa saya masak dadih ni, ada juri yang monitor tau.. Nak tahu siapa? Haaaaa.. memperkenalkan juri untuk Masterchef Seri Mengkuang..

 

V

V

V

V

V

V

V

 

IMG_1211

Chef Muhammad Ilham Syahmi.. 😉

 

IMG_1212

 

Zoom in sikit.. 😉 Bukan main jengah lagi ye.. tak sabar nak rasa aeh sayang.. Ilham tunggu ummi makan dulu la baru Ilham dapat rasa dadih jagung ni..

Babah dia dah kena kerah pergi kedai beli bahan2 untuk makan tengahari, jadi dia tinggal sorang2 kat hall. Saya tak nak bagi dia menangis, saya masukkan dia dalam stroller hadapkan kat pintu dapur. Jadi dia nampaklah ummi dia kat depan mata hehehe.

Itu je la cerita aktiviti masak2 dadih jagung instant. Next entry nak share pasal cheese powder yang sedap itu 😉

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!