My Hero Kechik - Ilham Syahmi, Parenting

Jari Domok Dah Tak Pakai Mitten

Sejak seminggu sebelum menjangkau usia 3 bulan, saya dah mula buka mitten Ilham bila dia mula suka hisap2 mitten sampai basah. Booties pun dah ditukar kepada stokin sahaja sebab kebanyakan booties dah tak muat, kaki dah panjang πŸ˜‰

Mula2 macam risau juga takut dia cakar2 muka dia. Tapi bila memikirkan perkembangan dia saya buka juga. Cuma kena monitor kuku dia la jangan sampai panjang.

Waktu sekarang ni bayi mula untuk belajar coordinate tangan dia. Kalau lambat dibuka takut akan melambat dan menghalang Β proses pengenalan kepada fungsi tangan dan jari jemari dia. At this stage, bayi akan mula menghisap jari dan bermain2 dengan jari2nya. Ye, Ilham memang suka sangat dah menghisap jari2 dia tu sampai meleleh2 air liur sambil mulut membebel2 berbual bahasa dia. Kadang2 masa tengah mengempeng pun dia akan bermain2 dengan jari jemari dia. Alhamdulillah satu perkembangan yang baik.

Nahhh.. ni jari domok πŸ™‚ Jari Ilham dah macam jari Auntie Ita dah domok2 πŸ˜‰ Tu la ummi masa peknen suka ejek jari Auntie Ita hehehe.

 

_DSC3211 _DSC3215

 

Sebenarnya time ni Ilham tengah syok tidur, ni kerja babah dia snap jari jemari dia bila mendapat arahan dari ummi dia πŸ˜‰

 

_DSC3212

Kan main panjang lagi muncung dia tengah tidur πŸ˜‰

 

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor β™₯ Product Review β™₯ Food Review β™₯ Media/ Events β™₯ Advertorial β™₯ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

2 thoughts on “Jari Domok Dah Tak Pakai Mitten

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *