Mencuba Trial Pack Set B Shaklee (Breastfeeding Set)

My Breastfeeding Journey Products Review

Ya, nak share ni nak share pengalaman bulan kedua bersama Shaklee 🙂

Sekarang ni saya sedang mencuba trial pack breastfeeding set Shaklee yang dibeli dengan Puan Salwa kawan2 geng susu ibu. Mula2 saya just bagitau En. Nazir yang saya nak ambil supplement untuk breastfeeding. Lepas dapat green light, En. Nazir suruh saya contact Salwa dia nak sponsor beli trial pack. Saya pun apa lagi cepat je bertanya itu ini dengan Salwa. So far dah 2 set saya bedal, alhamdulillah membantu pengeluaran susu. Saya ambil supplement ni sebab takut makanan harian saya tak cukup vitamin dan zat2 yang penting untuk badan saya dan secara tak langsung ianya akan mengakibatkan kekurangan zat2 kepada Ilham. (alamak ayat macam tunggang terbalik ;))

Nah tengok.. ni la trial pack set B (Breasfeeding Set) plussssss ostematrix & vitamin E. (thanks kat En. Photographer saya yang blog dia dah bersawang tu yang rajin melayan kerenah wife dia ;))

_DSC3302

Set B – untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

[credit info: Nursalwa’s Blog]

Selepas breakfast saya makan Alfalfa 2 biji dan sebiji vitamin B complex. Alhamdulillah, bila saya Ops perah saya sesi kedua akan dapat hasil susu yang pekat dan sedikit kekuningan.

_DSC3298

Ni fungsi2nya.. ditaip dengan tabah oleh saya, copy dari plasticnya 😉

Alfalfa – Raja segala tumbuhan. Sumber mikronutrion yang paling kaya membuatkan sistem badan berjalan lancar. Sebagai milk booster bagi ibu yang menyusukan anak. Membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.

Vitamin B Complex – “B” for beauty – True beauty radiates from within. Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission). Membantu meninggikan sistem pertahan badan. Membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.

Selepas lunch saya makan sebiji vitamin C dan sebiji vitalea. Dah 2 kali injection Ilham, saya amalkan petua yang Salwa bagi iaitu belah dua dan makan vitamin C serta kerapkan direct feeding dan alhamdulillah Ilham tak demam 🙂 Satu lagi susu bau lemak hehehe macamana tu?

_DSC3296

Vitamin C – Mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah. Penting untuk pembentukan kolagen. Bertindak sebagai anti-oksidan. Bertindak mengikut pelepasan masa.

Vitalea – Mengandungi 12 vitamin 7 galian diperlukan oleh tubuh badan. Formula lengkap dengan zat besi.

Selain dari yang di atas, saya juga ambil Ostematrix atau kalsium dan vitamin E dimakan sebelum tidur 4 biji ostematrix dan sebiji vitamin E. Amekawwwww.. time makan ostematrix yang 4 ketul tu rasa sampai tersangkut2 kat tonsil hahaha. Sebenarnya saya adalah seorang yang penakut telan ubat, keranamu Ilham Syahmi ummi telan je berketul2 seharian. Alhamdulillah badan tak lesu bila bangun pagi.

_DSC3295

Fungsi2nya:

OsteMatrix – Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf, Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

Vitamin E – Sejenis anti-oksidan yang kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak, mencantikkan kulit,meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan.

Kesimpulannya, set B ni sangat2 membantu saya especially dalam pengeluaran susu. Masa awal2 dulu kalau Ops perah saya hanya mampu dapat 2oz sebelah kanan dan sebelah kiri 1oz pun susah nak dapat. Alhamdulillah syukur, sekarang sebelah kanan saya boleh dapat at least 6-8oz sekali pam dan sebelah kiri paling banyak 2oz.. alhamdulillah..alhamdulillah rezeki untuk Ilham.

Setiap hari saya berusaha mengepam dengan lebih kerap dan menjadikan air masak kawan baik saya. Dulu sikit punya anti dengan air masak, sekarang lepas mengepam atau menyusukan Ilham saya perlukan air yang banyak. Rasa air masak adalah air paling sedap dalam dunia 😉 Sekarang saya akan rasa sangat2 bersalah pada Ilham kalau terskip makan supplement2 ni.

Tengah2 menaip entri ni, saya terbaca status Salwa kat fb “Kongsi testimoni anda. Hadiah istimewa untuk anda” Terus rasa nak join.. saya rasa entry saya ni sesuai kot cuma tak tahulah cukup ke tak patah perkataannya.

Oklah stop dulu, nanti share lagi perkembangan saya dengan pengambilan breastfeeding set Shaklee ni. Kalau ada yang berminat dengan produk ni bolehlah contact Puan Salwa di email honeywawa85@gmail.com atau sms 012 711 1260 untuk keterangan lanjut atau membuat pesanan. Tak pun terjah la blog dia, banyak cerita pasal Shaklee kat situ 🙂

Loading

Related Posts

8 thoughts on “Mencuba Trial Pack Set B Shaklee (Breastfeeding Set)

  1. penyertaan anda diterima dan sudah dibaca.. patah perkataan tua sekadar sesuka jek.. xder keje mak nak mengira kak oiii.. hehe

    tq kak heh wat sedikit promo kat cnie.. alhamdulillah shaklee hanya membantu, usaha dan doa dari akak gak kan.. rezki dari Allah.. jika yakin, insyaAllah Allah bantu..

  2. heheheehe..trime kasih krn menerima pnyertaan saya.. 🙂
    btul tu usaha n doa tu pnting..mudah2an bertmbh2 rzki ilham..

  3. dari hari ke hari nak post komen….asik la x sempat…..anyway tahniah ye kak…lama penantian tu…..sabar itu indah…kan dah dapat keindahan nye tu ….hehehe…comel ilham….kite makan set alfafa tu gak..alhamdulillah nampak berkesan…sakrg dah 1 tahun 5 bulan rizqin bf…tapi yg penting, mind akak….kena selalu positif yg susu sentiasa cukup untuk anak…ok? harap dipermudahkan urusan kita untuk bg yg terbaik pada anak2 kite..inysaAllah….

    1. thanks huda..alhamdulillah rezeki anugerah Allah biar lmbt tp ttap ada.. 🙂
      wahhh tnggal 7 buln lg nk grad ek..bestnye..doakn akk dpt ikut jejak huda..mind setting mmg pnting klau x kuat susah kn.. 🙂

  4. lagi 7 bulan ni mencabar sungguh sebab susu merundum sikit…..huhu…..cari makanan yg banyakkan susu smpi gemuk saye!…hihi…demi anak, ku rela apa juaaaa

  5. xpe la huda..bsr pahala..akk pun fikir lantak la gemuk ke ape janji anak sihat.. 🙂

  6. ..aAAAaAaaa menda mcm ni pun nk kna mkn supplement ker? mereka2 kat utan tu rilex jer.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!