Ayam Paprik Santapan Tengahari

Mood hari ni tayang makanan jek :)

Menu makan tengahari kami hari ni simple jek, ikan kembung goreng dan ayam paprik. Alhamdulillah kenyang :) En. Nazir kata sedap, terawang2 sekejap ngeh2. Weekend2 macam ni bolehlah masak2 yang lain sikit. Kalau weekdays tak sempat nak bersilat kat dapur lama2. Mana nak melayan si kecik tu lagi. Masak pun ala kadar je.

_DSC3315

Ni resepi yang saya copy & paste dari My Resepi. Malas nak taip. Lebih kurang sama je dengan apa yang saya belajar sebelum ni.

Bahan2:

  • ½ ekor ayam – dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah – ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih – ditumbuk
  • 1 labu bwg besar – dimayang
  • 2 btg serai – dititik
  • 2 biji buah tomato – dipotong 4
  • 5 biji cili padi – ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda, daun limau purut
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

Cara2:

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

 

Ok selamat mencuba :)

Hernee Nazir – Tuan belog terajin hari ni nak update belog ;)

 

Share this nice post:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply