Ilham Training Guna Botol Susu :)

My Breastfeeding Journey My Hero Kechik - Ilham Syahmi

15092011(001)

 

Ni gambar masa En. Nazir tengah train Ilham untuk guna botol. Kami mula train guna botol masa dalam pantang lagi. Kadang2 En. Nazir yang tolong kadang2 Ana atau Ayu. Saya?? Of course lah tak boleh bagi, nanti mesti dia terbau bau ummi dia kan. Kalau dah ummi yang bagi mesti dia pelik yang ori ada kenapa ummi nak bagi botol pulak hehehe. Alhamdulillah Ilham boleh terima penggunaan dua jenis puting, puting biasa jenama Anakku guna storage bottle bumble bee dan puting botol Tommee Tippee. Ada la sekali tu, saya tinggal berdua je kat rumah, masa menyusu pagi tu dia dah haus sangat saya sumbat guna botol pun dia minum je.

 

Melalui pembacaaan saya, seelok2nya masa untuk train bayi dengan penggunaan botol bagi ibu2 yang bekerja adalah pada usia sebulan. Mula2 saya tengok Ilham macam terkial2 nak hisap puting botol tu, tapi lama2 nampak ok je. Awal2 saya train dia dengan susu perahan sebanyak 2oz dan hasilnya licin 😉 Next, saya tambah lagi 3 oz pun licin juga. Saya up lagi kepada 3.5 oz kadang2 licin kadang ada balance. Sekarang saya bekalkan 4oz x 4 botol pada baby sitter. So far cukup sampai petang dan kadang2 ada baki lagi. Seingat saya apa yang Puan Farah Farhan (Sarakids) pesan jangan ajar bayi bagi susu yang terlalu banyak sebab perut bayi masih kecil lagi. Saya pun tak pasti jumlah 4oz yang saya bekalkan ni terlalu banyak atau pun tak untuk Ilham. Masa hari pertama saya bekerja saya bekalkan 16oz kesemuanya dan ade baki 5 oz bermakna Ilham hanya minum 11oz sepanjang saya bekerja. Setiap hari saya tanya BS berapa jumlah susu yang Ilham habiskan, menurut BS selalunya susu yang saya bekalkan memang habis kalau ada balance pun 1 – 2 oz untuk stok tengahari atau petang. Sehari bekerja, alhamdulillah saya boleh dapat 16- 20 oz untuk 3-5 sesi mengepam. Saya tak punya banyak stok macam kawan2 lain maklumlah peti sejuk rumah saya yang satu pintu je cuma bertahan dalam masa 2 minggu. Hajat hati memang nak cari peti sejuk 2 pintu atau pun upright freezer. Tengah berfikir2 lagi ni kalau boleh nak beli dalam masa terdekat dan of course nak pulun buat stok J

 

Oklah, nanti saya share lagi BF journey saya dan Ilham yang baru nak mencecah bulan ke 3 (long way to go). Apa yang penting saya sangat happy dengan aktiviti ni sebabnya saya rasa ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila dapat menyusukan Muhammad Ilham Syahmi. Saya pasti BF mommies yang lain pun ada perasaan yang sama 🙂

 

Happy breastfeeding mommies! 🙂

 

**Thanks to En. Nazir yang bagi full support untuk saya meneruskan perjuangan ni.. tak lupa adik2 ;)**

Related Posts

4 thoughts on “Ilham Training Guna Botol Susu :)

  1. baiknya ilham nk botol..Iman klau isap botol ngan ayah dia..mmg mengamuk je..dia tau klau ayah dia ade mak dia pun mesti ade…huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!