Farewell Dinner for Capt Chong Lai Poo :)

Anything About Me Ummi Ilham at Work

Hari Khamis lepas join farewell dinner untuk Capt Chong kat Mutiara Hotel, JB. Rasa memang excited nak join sebab lepas ni tak dapat dah nak jumpa boss saya ni. Ni la boss saya sepanjang 4 tahun bekerja kat PTP ni. Bila ingat2 semula masa awal2 masuk kerja nak gelak pun ada. First day saya kena tinggal office sorang2, jawab telefon dan kerja yang Capt Chong bagi cuma isikan business card dalam card holder. Banyak saya belajar dri Capt Chong ni. Thanks capt 🙂

 

Sayonara Capt. Chong.. saya sudah kehilangan boss 🙁

Ilham mana? Saya tak bawa, tinggal dengan baba dia kat rumah. Before pergi dah siap menyusukan dia dan bagi stok susu kalau2 dia lapar sepanjang saya tak ada. Thanks En. Nazir bagi keizinan saya join majlis tu.

 

geng melantak.. Ita yang geli nak makan itik..

 

Pergi tumpang Ita, dia ambil kat rumah. Sampai sana Kak Intan, Nazam dan Kak Leen ada juga. Boss2 dari department lain pun ramai yang datang. Chinese foods memanglah sedap untuk si kuat makan yang bernama Hernee kecuali ada daging itik yang buat saya kembang tekak nak makan sebab terbayang itik gantung kat restoran cina ;).Sebenarnya saya makan je itik, suka je kalau dapat rendang itik, tapi yang ni tak tahulah kembang sekembang2nya tekak ni nak telan hehehe.

Dah siap2 makan terus bersurai balik. Sampai rumah dalam pukul 11pm. Alhamdulillah 🙂 To Capt Chong, thanks for your guidance. Good luck for your future! Remember me hooo 🙂

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!