Anything About Me, My Breastfeeding Journey, My Hero Kechik - Ilham Syahmi, Work

Hari Pertama Bekerja “Saya Bukan Staff Baru” ;p

Salam pagi Isnin 🙂

Pagi Isnin yang tak berapa nak indah sebab hati sangat berat nak melangkah pergi kerja meninggalkan si hero kechik saya tu. Malam tadi dia macam tau2 je esok pagi dia nak kena tinggal. Dia bantai tak nak tidur sampai ummi dia yang tertidur2. Pukul 5am pun dia ngok ngek ngok ngek lagi sorang2. Ilham.. Ilham 🙂

 

siap jeling2 ummi lagi..saja bagi hati ummi cair kan.. 🙂

 

Bila ummi bebel suruh dia tidur, dia menjeling kat ummi dia pula. Isyhhh budak cepet ni nak kena babab tau hehehe.

genggam kuat2 takmo lepas..

Keluar rumah tadi pukul 7.45am, En. Nazir dah pergi kerja dulu naik motor. Dah kembali merempit pergi kerja. Saya hantar Ilham dulu, cium puas2 macam 5 tahun tak jumpa. Terus serahkan Ilham kat BS pesn apa yang patut tanpa toleh belakang, sebab nanti hati bertambah kecairan hehehe. Dia tengah nyenyak tidur, tak sedar pun ummi dia dah pergi kerja.

 

 

ummi dah sampai opis.. rasa macam staff baru 🙂

Hooo yeaahhh.. melangkah masuk office sambil hati kata nak balik hahaha gila keji perangaikan. Baru sampai dah fikir nak balik. Rasa tak best pula nak kerja sebab boss saya selama saya di PTP, Capt Chong Lai Poo dah resigned. So sekarang saya terkapai2 mencari boss baru. (ohhh cerita farewell dinner CLP nanti menyusul). Bermula hari ni saya pergi kerja tanpa handbag, malas nak bawak sebab dah bergondong2 dengan beg pam tu. Semua pun saya sumbat dalam beg tu, bahu sandang beg pam, tangan jinjit cooler bag.

 

pestaim tayang ebm.. ni 1st session..

Ini sesi pertama, untuk pertama kalinya mengepam kat office dan buat pertama kalinya menayang ebm lat blog. Harap maaf andai ada yang kurang senang.. saya tak ada niat lain selain menaikkan semangat sendiri untuk meneruskan perjuangan breastfeeding saya dan juga sebagai catatan peribadi. Sesi pertama 9.30am dapat 4 oz kanan dan tak sampai 1 oz sebelah kiri. Walau tak semeriah orang lain tapi saya tetap bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk menyusukan Ilham Syahmi. Semoga Allah sentiasa memberikan rezeki ini untuk hero kechik saya tu. Next session, saya setkan dalam pukul 12.30pm harap2 saya dapat ikut jadual mengepam di office ni.

Oklah, masa untuk membuat kerja.. wahhh ko Hernee dah tengahari baru fikir nak buat kerja. Nanti kita story mory lagi 🙂

 

Hernee Nazir – Wahai jam yang cantik manis.. cepatlah ko berputar.. dah tak sabar nak tunggu 5.30pm.. berdezup balik rumah 😉 mata pun mengantuk gila dah ni.. menguap2 sambil pandang pc berbalam2..

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

4 thoughts on “Hari Pertama Bekerja “Saya Bukan Staff Baru” ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *