Doakan Saya dan Baby Selamat Ya Kawan2

[dialah kekuatan saya :)]

Maha Suci Allah..

Kita hanya merancang.. Allah yang menentukan. Result CTG pagi menunjukkan graf degupan jantung baby yang kurang stabil. Doktor menasihatkan saya untuk menjalani pembedahan caesarean. Memang sukar rasanya nak membuat keputusan. Saya minta doktor berikan peluang untuk saya menjalankan ujian CTG sekali lagi. Contraction pun belum betul2 kuat dan pintu rahim masih belum terbuka. CTG kedua tak menunjukkan perubahan yang ketara.Bila mengenangkan risiko yang bakal saya hadapi terutamanya risiko saya yang pernah keguguran 4 kali dan diabetes sepanjang pregnant saya dan En. Nazir bersetuju untuk meneruskan caesarean.

Sekarang saya dah pun admitted di Columbia Asia Hospital, Nusajaya. Esok pagi pukul 8.30am operasi dijalankan. Semoga Allah permudahkan segala2nya. Semoga kami dapat bertemu dengan permata hati kami yang selama ini kami nanti2kan. Kawan2.. Doakan saya dan baby selamat ya. Minta ampun dan maaf andai ada salah silap terkasar bahasa, sesungguhnya saya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.

”Ya Allah.. Hanya padaMu tempat kami bermohon permudahkanlah dan lancarkanlah proses kelahiran bayi kami pada esok hari.. Selamatkan dan sihatkanlah dia..jauhkanlah kami dari sebarang perkara yang tidak diingini.. Amin Ya Rabb..”

Semoga jiwa ini tenang.. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama2 saya dan baby 🙂

Share this nice post:

Leave a Reply