Deko Bersama Hernee Nazir

Peneman Di Rumah :)

Dah lama nak story mory tapi.. ada tapinya.. tapi tuan blog ni maklumlah datang penyakit M dia langsung tak layan blog membelog ni 🙂

 

Dari hari tu saya request suruh En. Nazir belikan ikan gapi nak bela kat opis. Pokok keladi tu saya ambil kat rumah MIL, dengan harapan cepat membiak dan nak bawak pergi opis juga. Sekali fikir2 alamak dah nak cuti bersalin ni, nanti siapa nak jaga ikan2 ni. Maka saya bela je lah dulu kat rumah 🙂

 

tak nampak pulak bayang si ikan ni 🙂

 

Mula2 beli ada 5 ekor. Sekali sekor dah terbongkang tak tahulah kenapa bergaduh agaknya. Kitorang gilir2 la menukar air ikan ni. Next turn saya yang tukar, saya perasan ada cukup 4 ekor, rupa2nya tinggal 3 ekor je. Puas juga berungkal dengan En. Nazir. Entah mana pergi sekor lagi agaknya, mesti masa tukar air tu tak perasan ikan tu melompat ke dah ikut saluran air sinki. Lepas tu lama juga saya tak menukar air. Sekali masa En. Nazir tukar sekali lagi dia pun dah tak perasan mana pergi sekor lagi ikan tu. Maka sekarang tinggallah 2 ekor je ikan gapi dalam balang ni 🙂 Sorry ye ikan2, bukan sengaja nak buang.

 

Nampaknya lepas cuti bersalin baru beli ikan baru untuk letak kat opis. Yang ada kat rumah ni maybe nak tambah lagi bagi dia ramai kawan 🙂

 

Hernee Nazir – Hidung tersumbat.. dah lama tak kena selsema.. hari ni boleh pulak asyik bersin jek 🙁

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *