Pregnancy Info, Pregnancy Journey

Check Up KK @ 32 Weeks

32 Weeks 5 days 🙂

Hari Selasa 7/6 check up kat Klinik Kesihatan Gelang Patah, 7.30 am dah keluar rumah sebab En. Nazir masuk kerja pukul 8am. Dia hantar saya je, nanti balik semula ke office saya naik ‘teksi tunai’ yang memang awal2 saya dah booked 🙂

 

Hari tu my lucky number yang tak berapa lucky ialah no. 9 lagi. Ingatkan hari ni jumpa doktor macam biasa je, sekali masa nak timbang semua tu nurse bagitau “hari ni kena ambil darah aeh”. Gulpppp.. darah lagi.. seriau 😉

 

Tengah menunggu turn nampak le doktor yang baru sampai. Dalam hati “alamak.. doktor ni lagi”. Saya agak tak berapa yakin kalau doktor sorang ni yang check. Seriuosly, dia memang cincai boncai. Dalam pukul 9 lebih baru turn saya jumpa doktor, setelah melalui dugaan menunggu kat dua bilik (ambil darah, check urine).

 

Masuk je doktor suruh baring terus, ok.. saya yang menurut perintah. Dia kata baring dulu sebab dia nak check nama saya kat dalam sistem. Rasa sempat menguap juga la menunggu sambil mengusap perut sebab masa tu baby memang tengah bergelombang sambil mengeras2 kat dalam. Dah puas menunggu maka bangun la si doktor. Saya tunggu sikit punya lama, sekali dia scan ok ini kepala ini jantung. Dah siap! Dalam hati saya, “aeh celah mana jantung, celah mana kepala.. tak sempat naktenung dia kata dah.. haiissyyyh”. Ni yang lemah rasa, menunggu berjam2 sekali check sekejap jek. Dugaan check up kat KK, sabar je lah 🙂 Tapi ada yang bestnya, berkat control makan nasi (makan sehari sekali) badan saya maintain 64.5kg yeay! Bukan saja2 nak control makan, sebab doktor pakar suruh control takut saya overweight maklumlah tekak sekarang pantang nampak makanan. Harap2 penimbangKKGP tak rosak la 😉

Result Check Up:

1) HbA1C (Haemoglobin A1C)

  • 5.5 Normal (Range: 5000.00-6.00)

2) UFEME

  • Blood – Trace **doktor cakap urine saya ada darah.. haiyooo manyak takut.. dia tanya ada rasa2 contraction ke? saya kata tak ada.. harap2 tak ada yang serious.. sabar ye baby.. jangan keluar dulu :)**
  • Albumin – NIL
  • Glucose – NIL
  • Specify Gravity – 1.00 NIL Normal (Range 1.00-)
  • Ketone – NIL
  • PH – 6.5 Normal (range: 5.00 -8.00)
  • Urine Microscopy – Negative
  • Urobilirubin – Trace

3) Hb Level Blood

  • 11.8g/dl, Normal (Range: 12.00-17.00g/dl)

4) Vital Signs

  • BP Sitting – 100/60mmHg
  • Pulse –  78 per minutes

5) Anthropometry

  • Weight – 64.5kg 😉
  • Fundal Height – 34cm
  • Uterus – Palpable

Remarks:

  • Strict D/C
  • Strict FK – TCA STAT if reduced FM
  • TCA SCOG – 15/6/2011 **check up @ HSA
  • BSP – 20/6/2011 **ingatkan dah terlepas..ada lagi rupanya..
  • TCA Dr – 21/6/2011 with UFEME ** sah kena sedut darah lagi..drakula!
  • Not allow PD
  • MGTT 6WPN **adakah saya kena minum air gula yang SEDAP tu lagi????

 

Itu saja result check up hari tu. Insya’Allah 15/6 ni mengadap le doktor pakar kat HSA. Next appointment dengan Dr. Khor 23/6 masa tu lebih kurang 34 weeks 5 days harap2 tak ada papa masalah la ya 🙂

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

6 thoughts on “Check Up KK @ 32 Weeks

    1. hadoiii dh tlbih sihat wa oii..bby ngn mak die same naik..hahaha..

      nape wa? selim kah? hahahaha

  1. Hallo alle, ich bin neu in diesem Forum und ich habe eine Frage, die offensichtlich erscheinen wird Ihnen … Wie erstelle ich einen neuen Beitrag oder Themen, die in der New Posts Abschnitt erscheint …? Cauz wenn ich auf neue Beiträge auf, ich habe nicht den neuen Thread Buttons erhältlich …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *